Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Undi Dua Kali Tidak...

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang...

Siasatan Terhadap 7 Pemimpin...

KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap tujuh pemimpin UMNO berhubung kenyataan terbuka mereka dilakukan...

Johor Kekal Harga Jualan...

MUAR - Kerajaan negeri hari ini bersetuju mengekalkan jualan air mentahnya kepada Melaka...

Diskaun Tol 5 Peratus...

KUALA LUMPUR - Pengguna kenderaan kelas satu bakal menikmati rebat lima peratus bagi...

Hadi Beri Gambaran Salah Tentang Islam – DAP

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang ulama yang memberi gambaran yang salah tentang Islam kepada masyarakat.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, Abdul Hadi memberi gambaran yang salah apabila menyatakan umat Islam perlu marah kepada DAP kerana mempertikaikan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Kata beliau, Abdul Hadi telah memberi gambaran salah tentang Islam kerana memberi gambaran Islam adalah agama yang tidak mampu menerima perbezaan pendapat.

“Hadi seharusnya maklum bahawa masyarakat Muslim secara umum menerima hudud sebagai tuntutan syarak, namun takrifan dan kaedah pelaksanaannya sering menjadi pertikaian.

“Sarjana besar fiqah pada zaman ini seperti Sheikh Mustafa al-Zarqa, Muhammad Abu Zahra, Mohamad Salim al-Awa dan Sheikh Yusuf al-Qaradawi turut membahaskan keperluan terhadap ijtihad, keutamaan (fiqh al-awlawiyat) dan keadilan sebagai asas maqasid al-syariah dalam pelaksanaan hukum-hukum Islam termasuk hudud,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zairil turut memberi contoh Sheikh Mustafa Zarqa tidak bersetuju dengan hukuman rejam pada zaman ini sementara cendekiawan Islam kontemporari Profesor Tariq Ramadan pula mencadangkan moratorium pelaksanaan hudud berikutan keadaan semasa yang tidak sesuai.


Katanya, Mufti Perlis, Datuk Dr. Muhammad Asri Zainal Abidin pula mengingatkan bahawa tidak menjadi masalah sekiranya undang-undang hudud di Kelantan dipertikaikan kerana ia adalah takrifan manusia dan bukan hukum yang disalin daripada Al-Quran secara bulat-bulat.

“Apakah Abdul Hadi akan marah terhadap para sarjana Islam tersebut memandangkan mereka juga mempersoalkan dan mempertikaikan pelaksanaan hudud,” katanya.

Justeru, kata beliau, kenyataan Abdul Hadi amat mengecewakan kerana sebagai seorang yang bergelar ulama, beliau patut sedar bahawa daripada marah terhadap pihak yang tidak bersehaluan pendapat, seseorang mukmin seharusnya berusaha untuk memperlihatkan keindahan hukum Tuhan dan menghapuskan segala keraguan terhadap pelaksanaanya.

Abdul Hadi sebelum ini menyebut orang Islam yang beriman perlu mempunyai marah ke atas DAP kerana membantah rancangan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori