Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

ePassport Jadi Kebanggaan Rakyat...

KUALA LUMPUR ā€“ Pasport Malaysia terus menjadi kebanggaan rakyat apabila diiktiraf sebagai yang...

Lelaki Tempatan Disyaki Cuba...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki tempatan dipercayai anggota sindiket pemerdagangan manusia ditahan malam...

Tiada Tumpahan Minyak Di...

Melaka : Tiada sebarang kesan tumpahan minyak dari kapal dikesan setakat ini seperti...

“Turun Naik Ringgit Itu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memantau prestasi ringgit dalam pasaran mata wang...

Hak Asasi Kemanusiaan Bukan Monopoli Dunia Barat

ALOR SETAR – Hak asasi kemanusiaan tidak seharusnya hanya dimonopoli dunia Barat kerana di dalam Islam, perkara mengenai hak asasi kemanusiaan telah lama wujud, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Menurutnya, Islam adalah agama yang lengkap dengan adanya hubungan yang jelas di antara Islam dengan hak asasi kemanusiaan.

“Islam adalah agama yang memberi hak yang sama kepada semua manusia, yang merentasi bangsa, warna kulit, taraf sosial dan darjat. Hak asasi kemanusiaan dalam tradisi Islam memperjuangkan hak dan tanggungjawab,”

“…bukan sahaja kepada sesama Islam tetapi juga kepada orang bukan Islam, alam sekitar, haiwan, tawanan perang dan lain-lain,” katanya ketika merasmikan Forum Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Mukhriz berkata, di dalam al-Quran banyak ayat-ayat yang menjelaskan tentang betapa pentingnya hak asasi kemanusiaan itu ditegakkan seperti tentang hak hidup dan keselamatan diri dalam Surah al-Maidah ayat 32 dan Surah al-An’am ayat 151.

Begitu juga dengan hak beragama yang merupakan hak asasi kemanusiaan yang paling asasi katanya, seperti diterangkan dalam Surah al-Baqarah ayat 256, Surah Yunus ayat 99 dan Surah An-Nisa ayat 47.

Islam menurutnya juga memberikan hak berfikir secara bebas, merdeka dalam memberikan pendapat serta hak memperoleh pendidikan sebagaimana dinyatakan dalam Surah al-A’raf ayat 179, Surah An-Nisa ayat 148 dan Surah At-Taubah ayat 122.

Beliau berkata, Deklarasi Hak Asasi Kemanusian Sejagat 1948 telah digubal ketika negara-negara Asia dan Islam berada di bawah penjajahan bangsa Eropah di mana meraka tidak mempunyai pengaruh terhadap penggubalan deklarasi itu.


“Dokumen ini didasari fahaman Liberalisme Sekular, di mana sebarang rujukan kepada Tuhan dan ilmu wahyu ditolak,” katanya dan menambah, sebanyak 48 negara menandatangani deklarasi itu pada 10 Dis 1948.

Katanya, International Covenant of Civil Rights and Political Rights 1966 dan International Covenant of Economic, Social and Cultural Rights 1966 juga adalah tindak balas kepada kekejaman Perang Dunia Pertama dan Kedua.

“Asas utamanya ialah semangat Revolusi Perancis,” kata Mukhriz.

Menteri Besar Kedah itu menasihatkan masyarakat supaya tidak menelan bulat-bulat berita yang dijana oleh media-media asing tentang hak asasi kemanusiaan kerana mereka mempunyai agenda masing-masing.

Beliau memberi contoh konflik Israel-Palestin di mana media antarabangsa memaparkan Israel sebagai pihak yang teraniaya dan bertindak mempertahankan diri daripada keganasan Palestin.

Katanya, terdapat kuasa monopoli daripada segi maklumat yang disebarkan ke seluruh dunia yang membentuk pemikiran dan pendirian mengikut agenda serta nilai-nilai tertentu.

“Dunia disogok dengan maklumat-maklumat beragenda dan terancang. Kuasa mutlak media ini dapat menjadikan yang ‘bersalah tidak bersalah’ dan yang hitam menjadi putih,” menurutnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori