Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

56 Juta Rakyat Turki...

ISTANBUL - Rakyat Turki keluar mengundi semalam, untuk pilihan raya Parlimen dan presiden...

Mahathir Terima Semula Jawatan...

PERDANA Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti...

Tiga Lelaki Didakwa Cuba...

SEPANG - Tiga lelaki hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap...

Fanatik Naruto Sampai Bawa...

BARU-baru ini tular nama seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Putra Naruto...

Hampir Sejuta ‘Mangga Cinta’ Akan Ditanggal Dari Jambatan Di Paris

PIHAK berkuasa bandar raya Paris akan memulakan tugas untuk menanggalkan hampir sejuta ‘mangga cinta’ di jambatan Pont de Arts pada Isnin ini.

Portal Mirror melaporkan bahawa walaupun Paris begitu terkenal sebagai kota cinta tetapi pihak berkuasa mahu menghapuskan salah satu tradisi bersifat romantik itu.

Ibu negara Perancis itu menerima kunjungan beribu-ribu pasangan setiap tahun yang mahu merasai percutian romantik.

Dan salah satu tradisi buat pasangan yang bercinta ini ialah mengunci mangga di jambatan Pont de Arts di Sungai Seine sebagai tanda kasih mereka.

Arahan untuk menanggalkan ‘mangga cinta’ itu dikeluarkan selepas salah satu bahagian di jambatan yang terkenal itu mengalami kerosakan yang dikatakan berpunca daripada berat bagi menampung kesemua mangga kunci itu.

Pada awalnya, pihak berkuasa Paris mempunyai idea untuk mengeluarkan larangan ‘mangga cinta’ dan mengenakan denda kepada sesiapa yang melanggar peraturan itu.

Bagaimanapun timbalan Datuk Bandar Paris, Bruno Julliard menyifatkan idea itu sukar untuk ditangani.


Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya pengunjung menunjukkan perasaan kasih sayang mereka dengan mengikat riben di jambatan itu sebagai alternatif.

Bagimanapun, gril logam di jambatan Pont de Arts akan dicat dan dipasangkan panel bagi mengelakkan orang ramai mengunci mangga.

Julliar yang bercakap kepada BBC: “Kita mahu Paris kekal sebagai kota cinta dan romantik.”

Selain Pont de Arts di Paris, Jambatan Venice dan Brooklyn di New York turut menarik perhatian pengunjung untuk membuat ‘mangga cinta’. – MIRROR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori