Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kolej Komuniti Setanding Universiti...

PUTRAJAYA - Kolej Komuniti bukan lagi institusi pengajian tinggi alternatif tetapi merupakan institusi...

Bapa Penyanyi ‘Sakitnya Tuh...

TEMPOH hari lalu, kami ada melaporkan berita mengenai bapa kepada penyanyi Indonesia, Cita Citata...

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat berkelajuan 40 hingga 50km sejam (Kmsj) dengan...

NGO Dapat Teruskan Program...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa berhasrat meneruskan program tajaan menunaikan...

Hans Isaac Nafi Kekok Ditemukan Semula Dengan Neelofa

SEMUA orang tahu sejarah percintaan yang pernah dilalui aktor dan pengarah popular Hans Isaac dengan pelakon cantik berhijab, Neelofa Mohd Noor.

Dan apabila kedua-dua mantan kekasih itu dipertemukan semula dalam program siaran langsung baru-baru ini, ramai pihak mengatakan Hans kelihatan sedikit kekok dan janggal dengan pertemuan tersebut.

Menafikan dirinya berasa janggal dalam rancangan hiburan tersebut, Hans memberitahu Berita Harian, “Saya tidak berasa janggal langsung sebenarnya ketika bertemu di Meletop tempoh hari. Cuma saya tahu kawan-kawan gemar menyakat dan sebolehnya saya cuba untuk tidak menjadi bahan usikan pada hari itu.

“Lagipun industri hiburan kecil dan kami tahu satu hari nanti memang akan berjumpa juga. Tiada masalah dari pihak saya berkenaan isu ini.

“Hakikatnya memang tiada masalah dan saya bersikap profesional sewaktu ditemubual oleh beliau (Neelofa) pada masa itu,” katanya.


Dalam pada itu, Hans mengakui dia kini sedang bertemu janji dengan seseorang namun enggan mendedahkan identiti wanita pilihannya kepada umum.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori