Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Kata Annuar Bagi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa Tan Sri Annuar Musa...

PM Dukacita, Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan rasa dukacitanya...

EPL: ‘Ketakutan’ Rangsang Man...

LONDON - Robin van Persie percaya senarai penyerang 'mahal' yang dimiliki Manchester United...

Gempa Bumi 5 Pada...

KATHMANDU - Gempa bumi berukuran 5 pada skala Richter melanda Nepal lewat malam...

Hanya 20,966 Saman Status Waran Tangkap Diselesaikan

KUALA LUMPUR – Hanya 20,966 dari 1.59 juta saman berstatus waran tangkap yang dikeluarkan susulan kegagalan pengguna jalan raya membayar saman dan menghadiri perbicaraan di mahkamah, diselesaikan sebelum penguatkuasaan Ops Warta, minggu depan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata pihaknya memberi peluang kira-kira dua minggu kepada pesalah trafik membuat semakan dan bayaran sebelum tindakan tegas diambil, namun hanya sebilangan kecil menjelaskannya.

“Kita telah kenal pasti pesalah trafik yang memiliki waran tangkap ini..di mana mereka berada, dan minggu depan kita akan jejak dan tahan mereka seterusnya bawa ke mahkamah,” katanya dalam program bual bicara Bernama Radio di sini Rabu.

Mohd Fuad berkata angka itu sangat rendah, sambil berpendapat bahawa pesalah trafik tidak menggunakan peluang diberikan walaupun hebahan telah dibuat sejak 30 April lepas.

Katanya angka 1.59 juta itu merupakan baki dari 1.8 juta saman yang diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Ops Selamat 5 yang dilancarkan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

Mohd Fuad turut mencadangkan agar pesalah trafik tampil di Bukit Aman atau balai polis trafik berhampiran, bagi membolehkan pihaknya membantu mereka menyelesaikan perkara itu.


“Sekiranya mereka berdiam diri, sampai bila-bila pun masalah tidak selesai. Mereka juga boleh menyemak status di mana-mana balai polis trafik kerana di sana ada sistem dalam talian, boleh semak dengan memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata semakan juga boleh dilakukan di pejabat-pejabat pos.

Selain sekatan jalan raya, katanya penguatkuasaan Ops Warta juga akan mengesan pesalah trafik sehingga ke kediaman mereka.

Sementara itu, sebanyak 5.5 juta saman dikeluarkan tahun lepas, manakala sehingga April tahun ini, 1.9 juta saman direkodkan dengan kesalahan tertinggi ialah memandu laju dan meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan. – mStar

  • Lagi berita berkaitan:
  • saman

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori