Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tindakan Akan Diambil Jika...

KUALA LUMPUR - Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemaju tapak pembinaan berhampiran sekiranya...

Purata 5 Banduan Mati...

RIO DE JANEIRO - Penjara di Rio de Janeiro, Brazil mencatatkan sejumlah 442...

Felda Hulu Selangor Beri...

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini sudah jauh berubah...

Bukti Tidak Mencukupi Dakwa...

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihak pendakwa raya memutuskan untuk...

Hormati Agama Dan Budaya Antara Satu Sama Lain

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua rakyat Malaysia mesti menghormati agama dan budaya antara satu sama lain bagi mengekalkan kestabilan dan keamanan di negara ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama, juga perlu menolak sebarang bentuk ekstremisme untuk mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

“Kita perlu meneruskan kesederhanaan dalam negara ini.

Saya percaya bahawa kita perlu menolak sebarang bentuk ekstremisme, sama ada mengenai agama atau kaum.

Kita perlu saling menghormati agama dan budaya antara satu sama lain serta setiap kumpulan etnik. Sebagai Perdana Menteri, saya percaya saya perlu mewakili semua masyarakat dan etnik di dalam negara ini, kata beliau dalam ucapannya di Majlis Makan Malam Penghargaan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) di sini malam tadi.

Majlis itu diadakan bagi menghargai penyumbang dana untuk pembinaan bangunan baharu Huazong.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Huazong Tan Sri Pheng Yin Huah.


Najib berkata penderma akan menerima pengecualian cukai berjumlah RM43 juta.

“Saya percaya dengan bangunan baharu ini, Huazong boleh memainkan peranan yang lebih efektif untuk Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi dalam tahun 2020,” katanya.

Kerajaan juga menyumbang RM5 juta untuk membantu pembinaan bangunan baharu Huazong,” katanya.

Beliau berkata pembinaan bangunan 12 tingkat bernilai RM80 juta itu diKajang dijangka siap Oktober atau November tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori