Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Tolak Permohonan Dr Ting...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan memutuskan rayuan yang difailkan Peguam Negeri Sarawak bagi pihak...

Isu Pusat Judi Haram:...

TERKINI: Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di rumahnya di Ampang, 3 petang ekoran...

Hina Raja Tidak Boleh...

PETALING JAYA: Permohonan maaf Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor...

“Terima Kasih PM, Saya...

SITIAWAN - "Terima kasih Perdana Menteri, saya percaya kerajaan akan lakukan yang terbaik...

Hospital Tawau Amal Konsep Hospital Mesra Ibadah

TAWAU – Hospital Besar Tawau kini mengamalkan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) iaitu menyediakan khidmat bimbingan beribadat dan kerohanian kepada pesakit.

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata Hospital Besar Tawau merupakan hospital pertama di Sabah yang mengamalkan konsep HMI.

“Kesungguhan Pengurusan hospital ini untuk membuka HMI perlu dijadikan contoh oleh Hospital lain di negeri ini,” katanya ketika merasmikan HMI di hospital berkenaan hari ini.

Beliau berkata HMI merupakan satu gagasan pengurusan hospital yang memberi fokus kepada nilai-nilai kecemerlangan dalam perkhidmatan serta kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan Islam.


“Konsep HMI akan menjadikan sesebuah hospital itu lebih berdaya saing dan efisyen terutama dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

“Kami juga amat beruntung kerana seorang pegawai agama yang ditempatkan di sini untuk bukan sahaja memberi panduan, kaunselor dan pembimbing kepada pesakit beragama Islam tetapi juga sebagai sahabat kepada keluarga pesakit,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori