Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tol Percuma, Diskaun Sabtu...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk memberi tol percuma dan diskaun melibatkan 30 lebuh...

Abu Mendiang Bernard Then...

KUALA LUMPUR - Abu mayat mendiang Bernard Then Ted Fen, jurutera Malaysia yang...

Fenomena Alam ‘Cincin Berapi’...

SHAH ALAM - Fenomena Gerhana Matahari Anulus yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia...

Bas Ekspres Rempuh Empat...

Ipoh - Dua puluh satu penumpang bas ekspres terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabit...

Hukuman Penjara Salman Khan Ditangguh Dulu

Mumbai – Hukuman penjara lima tahun terhadap bintang Bollywood Salman Khan kerana membunuh seorang lelaki gelandangan dalam kemalangan 13 tahun lalu digantung pelaksanaannya semalam sementara menunggu keputusan di mahkamah rayuan.

Pelakon berusia 49 tahun itu didapati bersalah di Mahkamah Seksyen kelmarin kerana menyebabkan kematian mangsa tanpa niat membunuh dan beberapa tuduhan lain selepas merempuh sekumpulan gelandangan yang tidur di tepi jalan di Mumbai pada September 2002.

Bagaimanapun, semalam peguam Salman membuat rayuan keputusan itu di Mahkamah Tinggi supaya sabitan itu digugurkan. Sehubungan itu, media melaporkan hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan sehingga keputusan rayuan didengar di mahkamah.

Rabu lalu, Salman didapati bersalah atas semua tuduhan terhadapnya termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol dan tanpa lesen.

Hakim D W Deshpande menolak dakwaan Salman bahawa pemandunya yang bertanggungjawab atas kemalangan itu dan mengarahkannya dipenjara lima tahun. Dia bagaimanapun dibenarkan jaminan sementara menunggu prosiding semalam.


Pada perbicaraannya, Salman mendakwa hanya minum air dan keluar melalui tempat pemandu selepas kemalangan itu kerana pintu di bahagian penumpang rosak.

Namun, saksi termasuk mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu mengatakan dia memandu kenderaan berkenaan dengan laju lalu merempuh sekumpulan gelandangan yang sedang tidur di luar kedai roti pada September 2002.

Salman sudah membintangi lebih 100 filem dan rancangan televisyen selepas terkenal melalui filem 1980-an Maine Pyar Kiya. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori