IBU bapa di United Kingdom dilaporkan bakal didenda sekiranya anak mereka lambat hadir ke sekolah dan berkemungkinan akan dikenakan hukuman penjara bagi kesalahan tersebut.
Pihak pengurusan sekolah diberi lesen untuk menyaman ibu bapa sebanyak £120 (RM677) dan penjaga pelajar boleh mendapat potongan diskaun setengah harga sekiranya membayar saman dalam tempoh 21 hari.
Tahun lalu, sebanyak 64,000 notis penalti dikeluarkan kepada ibu bapa apabila anak mereka tidak hadir selama 10 hari berturut-turut dalam satu semester persekolahan.
Tapi berkuatkuasa tahun ini, pelajar sekolah yang lewat hadir ke sekolah juga, ibu bapa mereka akan diberikan notis saman bagi mengekang permasalahan lambat datang ke sekolah menjadi lebih serius.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
https://www.youtube.com/watch?v=GIMFvwlvQME