Pennsylvania – Selepas enam hari dicampak ke dalam sungai, akhirnya bayi malang, Zymeir Perry, yang baru berusia setahun menemui ajal dalam kejadian yang menyayat hati.
Lebih menyedihkan, Perry, telah dicampak ke dalam sungai Leigh oleh ibunya sendiri, Johnesha Monae Perry, 19, setelah mencium bayinya itu. Wanita itu turut terjun ke dalam sungai berkenaan dari atas jambatan setinggi 52 kaki.
Bayi malang itu ditemui 700 ela dari tempat dia dicampak oleh polis dan mereka turut memberikan bantuan CPR kepadanya.
Sementara Johnesha pula mengalami kecederaan serius akibat terjun dari sungai itu namun berjaya berenang ke tepi.
Dia akan didakwa dengan tuduhan membunuh, membahayakan kebajikan seorang kanak-kanak dan melakukan serangan.
https://www.youtube.com/watch?v=_4O_6QelHak