Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KWSP Kredit RM9.51 Juta...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan sejumlah RM9.51 juta...

McDonald’s Mohon Maaf Isu...

BANGKOK - McDonald's Thailand meminta maaf setelah seorang pelanggan di cawangan Bangkok menjumpai...

Selamatkan MAS Bukan Kejanggalan...

KUALA LUMPUR - Menyumbat kebocoran adalah antara langkah yang boleh menyelamatkan Malaysia Airlines...

Media Perlu Terus Bantu...

KUALA TERENGGANU - Pengamal media perlu terus membantu kerajaan negeri dalam mentransformasikan minda...

Ibu Pelakon, Johan As’ari Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kepada pelakon popular Johan As’asri atas kehilangan bonda tercinta, Datin Firdaus Abdul Kader, 58 yang telah kembali ke rahmatullah, sebentar tadi.

BACA: Johan As’ari Terharu Shila Amzah Sudi Lawat Ibunya Di Hospital

Berita tersebut dimaklumkan Johan menerusi laman Instagram miliknya kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Assalamualaikum, dengan rendah hati Johan ingin memberitahu bahawa ibunda saya yang tercinta, Firdaus bte. Abdul Kader telah kembali ke rahmatullah.

“Mohon sobat-sobat (sahabat) mendoakan yang terbaik untuk ibu saya dan semoga ibunda saya ditempatkan bersama dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.


Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Al Irsyad USJ 1 selepas solat Asar.

Pada 20 Mac lalu, Johan memaklumkan bahawa ibunya diserang penyakit strok (angin ahmar) di rumah kediaman mereka di Subang Jaya dan telah dimasukkan ke Hospital Serdang.

Bagaimanapun, Allahyarham kemudian disahkan menderita kanser tulang peringkat empat sebelum dipindahkan ke Institut Kanser Negara, Putrajaya sejak tiga minggu lalu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori