Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agong Rasmi Pembukaan Penggal...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merasmikan pembukaan...

Isu ‘Periuk Api Di...

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyelenggara sepanjang 2,132.92 kilometer jalan...

Lebih 6 Juta Benih...

LUMUT - Sebanyak 6,624,919 benih pokok serta spesies anak pokok yang sesuai telah...

PRK Mahkota: Zahid Akui...

KLUANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui...

Ikrar CEO MAS Baharu Wajar Jadi Teladan

BIARPUN belum cukup sebulan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines System (MAS) baharu, Christoph Mueller sejak 1 Mei lalu, ternyata bersemangat memajukan semula syarikat penerbangan negara kita yang akhir-akhir ini sebenarnya berada di ambang nazak.

Tanpa malu menyembunyikan realiti imej gemilang MAS diasaskan lebih empat dekad lalu tiba-tiba berubah drastik susulan dua tragedi besar – MH370 dan MH17; Mueller selaku warga asing pertama mengetuai syarikat udara kebangsaan itu enggan menoleh belakang.

Rakyat Jerman tersebut yang digelar ‘Terminator’ di Ireland kerana berjaya ‘menyembuhkan’ syarikat penerbangan negara itu, Aer Lingus; malah optimis tiada mustahil untuk MAS bersandarkan rekod sejarah cemerlang sebelum ditimpa banyak masalah secara berterusan.

Dalam memo kepada semua staf, Mueller di sebalik berterima kasih kepada setiap petugas MAS yang memberi sambutan hangat sejak kedatangan dirinya awal bulan ini, mendedahkan organisasi itu memang tertekan dan pelanggan pula mendakwa perkhidmatan kian merudum.

Bertambah parah, kedudukan kewangan MAS paling ‘goyah’ daripada jangkaan dan usaha Khazanah Nasional Berhad menyuntik dana RM6 bilion selain mengurangkan 6,000 pekerja bukan sahaja perlu bahkan wajar sepanjang tempoh pemulihan dianggarkan lima tahun ini.

“Memandangkan syarikat baharu ini lebih kecil saiz, kami tiada ruang kerja yang cukup untuk tanggung semua pekerja,” katanya sambil menambah reputasi jenama sudah teruk di pasaran utama dan ramai mengelak daripada menaiki MAS kerana masih lagi ‘takut’.

Hakikatnya, apa yang ingin dijelaskan Mueller kepada kakitangan MAS adalah senada dengan apa dirasakan penganalisis iaitu MAS beroperasi pada kos lebih tinggi berbanding syarikat lain dan pengecilan operasi memang diperlukan sebagai langkah awal pemulihan.

Ironi, ketika Khazanah berusaha membawa masuk ‘doktor’ terbaik dengan rekod cemerlang bagi merawat MAS, sewajarnya tiada pihak ketiga cuba berlagak hero seolah-olah memaksa Mueller pula terpaksa tunduk kepada rancangan pemulihan ‘gaya’ mereka tersendiri.

Justeru, tindakan NUFAM (National Union of Flight Attendants Malaysia) yang baru-baru ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masuk campur menghalang pengurangan staf MAS dilihat agak aneh dan boleh dianggap langsung tidak matang.


Apatah lagi Mueller sendiri berkata bahawa MAS Baharu tidak mampu mengekalkan jumlah pekerja sedia ada terlalu ramai sehingga ada kurang produktif dan sesuai dengan budaya kerja MAS versi 2.0 tidak lama lagi yang perlu cekap dengan pasaran penerbangan global.

Pada realitinya, seperti kata Mueller, ada kala kita perlu disusun semula bagi bina kembali kekuatan dan itulah sasaran sebenar MAS baharu yang ‘selamat, tepat waktu, mesra’ hingga menjadi kebangaan semua rakyat Malaysia sekali gus melepasi zaman kegelapan.

“Adalah tugas saya memberitahu anda hari ini bahawa ubat memang pahit namun program lasak diperlukan untuk kita bentuk kembali sama ada sakit atau tidak tetapi pada akhirnya ia menghasilkan ganjaran,” tegas Mueller dalam memo itu sebagai memberi perbandingan.

Secara jujur, warga kerja MAS yang berjaya terpilih sebagai perintis MAS versi 2.0 bermula bulan depan, seharusnya berbangga bukan sekadar berkhidmat kepada kepentingan negara, malah memberi kerjasama penuh kepada Mueller agar usaha pemulihan tidak menjadi sia-sia.

Cukuplah sudah segala macam kerenah atau perasaan tidak puas hati kerana jika pelan yang diusahakan itu gagal, MAS bukan setakat muflis atau hilang ‘ditelan’ dalam sejarah penerbangan, lebih teruk nama baik Malaysia akan terjejas untuk jangka masa agak lama.

Secara mudah, jika petugas MAS sayangkan syarikat itu, inilah masanya anda buktikan kesetiaan dan berkorban bagi yang gagal terpilih, bukan menimbulkan masalah dengan menyusahkan pihak pengurusan sehingga membantutkan gerak kerja diatur Mueller.

Kepada yang menerima surat tawaran diterima semula berkhidmat dengan MAS NewCo, berjanjilah untuk bertugas sebaik mungkin demi generasi akan datang dan ingatlah, tiada lagi MAS di dunia jika pelan pemulihan MAS yang dirancang langsung berkubur. – MYNWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori