SEORANG pemandu teksi yang memasang hajat untuk tidak diletakkan di dalam keranda sebaliknya diletakkan di dalam teksi semasa kematiannya telah ditunaikan oleh anak perempuannya.
Victor Perez yang merupakan pemandu teksi di Puerto Rico meninggal dunia di usia 73 tahun selepas tewas dengan penyakit kansernya.
Jasad Victor telah dihiaskan di dalam teksi kesayangan miliknya sama seperti dia sedang memandu teksi itu serta beberapa jambakan bunga diletakkan di tempat duduk belakang teksi itu.
Menurut sumber, dia juga terkenal dengan gelaran ‘Vitin the Driver’ di sana telah memandu teksi itu selama 15 tahun, ratusan orang yang mengenali Victor hadir memberikan penghormatan terakhir kepadanya pada ahad lalu.
Menurut sumber, kelainan seperti ini bukanlah perkara luar biasa di sini kerana sebelum ini ada juga ahli keluarga yang menunaikan impian ‘pelik’ si mati sebelum dikebumikan.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=rfjd2Rpjo_c
– Oleh: Pitt