Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Merenung Semula Lambakan Pingat...

ADA sindiran terkini mengatakan: "Jika anda lempar seketul batu, ia mungkin jatuh ke...

Statut Rom: Tommy Thomas...

KUALA LUMPUR – Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan menjejaskan raja-raja yang...

Saman Fitnah MB Pahang...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan saman fitnah Menteri Besar Pahang, Datuk...

Duta Arab Yakin Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Duta-duta Arab di Malaysia yakin kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana...

Indonesia ‘Haram’ Liga Bola Sepak Tempatan

JAKARTA – Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) pada Sabtu mengesahkan untuk menghentikan semua kejohanan sepak bola di republik itu hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PSSI di sini.

“PSSI memutuskan untuk membatalkan segala pertandingan kerana situasi force majeure (tindakan luar kawalan yang tidak boleh lagi ditangani) dan keputusan ini menyeluruh, tidak hanya untuk PT Liga Indonesia.

“Bahkan semua kelab dan stakeholder (pemegang kepentingan) dalam organisasi bola sepak Indonesia,” ungkap Penolong Ketua Umum PSSI, Hinca Panjaitan, ketika ditemui pemberita di ibu pejabat PSSI di Jakarta.

Katanya, keadaan force majeure kali ini terjadi di luar kehendak PSSI, sekali gus mengakibatkan badan induk sukan itu tidak boleh beroperasi apabila persatuan tersebut tidak lagi diiktiraf pihak pemerintah Indonesia.

Justeru, Hinca menambah, keseluruhan perlawanan PT Liga Indonesia yang mengelola Liga Super Indonesia (ISL) dan liga divisyen perdana atau Divisi Utama di bawah anjuran PSSI secara automatik diberhentikan.

Kemelut bola sepak Indonesia bermula pada 26 April, apabila PT Liga Indonesia, organisasi di bawah PSSI memutuskan secara mengejut untuk menghentikan sementara semua perlawanan berprestij ISL dan Divisi Utama.

Penghentian itu susulan surat daripada Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora), Imam Nahrawi mengenai larangan pemberian izin kehadiran polis ke seluruh perlawanan bola sepak di bawah koordinasi PSSI.


Sebelum itu, Imam pada 18 April mendedahkan PSSI ingkar tiga surat amaran Menpora apabila Badan Olahraga Profesional Indonesia (BOPI) meragui kelayakan kelab Arema Cronus dan Persebaya Surabaya menyertai ISL.

Krisis status dua pasukan tempatan itu menyebabkan Menpora memanggil mesyuarat bersama 18 kelab ISL pada 27 April setelah PT Liga Indonesia menggantung kesemua perlawanan anjurannya bagi mengelak pertikaian BOPI.

Malangnya mesyuarat tergempar itu gagal mencapai keputusan dan sebagai langkah sementara waktu, Menpora mencadangkan semua pertandingan dilaksanakan terus di bawah pihaknya menerusi Jawatankuasa Peralihan.

ISL yang ditubuhkan sejak 2008 disertai 20 kelab profesional terbaik dari Divisi Utama namun, isu rasuah dan taraf kelayakan pasukan tertentu yang diragui sering menjejaskan perjalanan liga elit Indonesia itu.

Badan bola sepak antarabangsa (FIFA) dalam reaksinya menjangka Indonesia mungkin diharamkan menyertai apa-apa kejohanan di luar negara kerana status PSSI tidak lagi diiktiraf Menpora. – Agensi/A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori