Setelah berlanjutan isu yang melanda kumpulan Hyper Act apabila vokalisnya, Ronnie didakwa ‘jauh hati’ dengan ahli yang lain, akhirnya satu keputusan diambil.
Dalam pengumuman yang dibuat di laman sosial semalam, kumpulan itu berkata, Ronnie kini bukan lagi sebahagian dari Hyper Act.
AsSalam to all fans,dgn Official,slepas ini #HyperAct bgerak tanpa Ronie lgi.nanti kn single next project drp ktorg!. pic.twitter.com/IVtSMm2iYt
— Hyper Act. (@HyperActBand) May 5, 2015
Sebelum ini, Ronnie atau nama sebenarnya, Shahron Hussein, 34, mengakui kecewa dengan tindakan kumpulannya yang menyisihkannya kerana mengambil seorang vokalis dari MIG Talents untuk menggantikannya di beberapa persembahan.
Namun, kes berkenaan dikatakan telah diselesaikan dan mereka kembali bersama. Tup…tup…ini pula terjadi.
Alahai, sayang betul dengan gabungan kumpulan tersebut yang dilihat berjaya, lebih-lebih lagi mereka telah merangkul tempat kedua pada Anugerah Juara Lagu ke-28 menerusi lagu Hanya Aku.
Tak mengapalah, mungkin ‘jodoh’ mereka tak panjang…
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Persembahan Kumpulan Hyper Act Di AJL28
https://www.youtube.com/watch?v=u7BxmGhx_sU