DALAM satu kenyataan hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak mahu isu pembelian tanah membabitkan Tabung Haji dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipanjangkan.
Ujar beliau, isu tersebut telah diputar-belit sehingga mengakibatkan ia disalah erti oleh sesetengah pihak bahawa Tabung Haji telah mempergunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB.
Memetik kenyataannya dalam Malaysiakini, “Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga dari memberi tumpuan terhadap program-program besar yang kami cadang mahu laksanakan.”
[Akur Desakan Pelbagai Pihak, Tabung Haji Jual Tanah TRX]
Dalam responnya terhadap keputusan Tabung Haji untuk menjual semula tanah tersebut, Najib berkata, ia merupakan urusan komersil yang baik dan menguntungkan syarikat tersebut.
“Jadi, ia bukan langkah untuk menyelamatkan (1MDB). Tiada syarikat akan membeli sesuatu projek jika syarikat itu akan rugi.”
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Sidang Media Pengerusi Tabung Haji Tentang Pembelian Tanah 1MDB