Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Kenapa Tukar Tulisan Jawi...

SHAH ALAM - Mana-mana papan tanda nama jalan yang sebelum ini disediakan pihak...

APM Dijangka Terima Aset...

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dijangka menerima aset tambahan merangkumi 200...

Heliza Helmi Tersentuh Produksi...

Tersentuh hati kami melihat gambar yang dimuat naik oleh Heliza Helmi.Sememangnya solat 5...

Sanggup Korban Diri, Polis...

SEORANG anggota polis berpangkat Lans Koperal sanggup membahayakan dirinya demi untuk mencekup dua...

Isu GST Babitkan Pemilik Tanah, Pemaju Hartanah Selesai

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkata ia telah menyelesaikan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membabitkan pemilik tanah dan pemaju hartanah yang membentuk usaha sama membangunkan tanah untuk jualan seterusnya.

“Maklumat mengenai perkara itu akan dipaparkan menerusi portal kastam minggu depan.

“Ia akan memaklumkan bagaimana GST dikenakan dan siapa yang akan mengeluarkan invois,” kata Penolong Pengarah Bahagian GST Kastam, Annie Thomas, di luar Persidangan Tahunan ACCA Malaysia 2015, di sini hari ini.

Beliau yang menjadi anggota panel dalam sesi bertajuk Dialog Pasca Pelaksanaan GST sebelum itu, berkata GST terhadap bahan asas pembinaan seperti batu-bata, simen dan palang keluli tidak menjadi isu.

“Barangan ini sudahpun tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang kini diganti oleh GST.


“Daripada 10 peratus kepada enam peratus, ia adalah pengurangan. Justeru ia bukan isu bagi kami,” katanya menambah kenaikan harga barangan turut bergantung kepada faktor lain seperti penyusutan nilai ringgit dan perubahan dalam gaji.

Beliau berkata kutipan hasil GST bagi April akan dibentang di Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hujung bulan ini.

Jabatan Kastam menjangka dapat mengutip RM23 bilion daripada GST untuk sembilan bulan pertama pelaksanaannya. – BERNAMA

https://youtu.be/BKYSneomL1s

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori