Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Ditemui Selepas...

PANCHANG BEDENA – Mayat seorang lelaki ditemui mati kira-kira dua hari berhampiran parit...

Polis Berkas Tiga Sahabat...

PADANG TERAP - Tiga sahabat bersama pelbagai barangan elektrik dan kemas bernilai RM10,000...

Kilang Penapis Gula Terbesar...

JEMPOL - Pembinaan sebuah kilang penapis gula terbesar Malaysia di Tanjung Langsat, Johor...

Kolam Kering Lelong Ikan

Alor Gajah - Seorang penternak ikan air tawar dari Kampung Lubok Redan, Masjid...

Isu kubur: Tampil Segera Beri Maklumat Sindiket

WANG KELIAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa penduduk khususnya di Wang Kelian yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia di sini agar tampil memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, penduduk yang mungkin pernah menerima upah menjadi tekong dan pemandu jalan kepada sindiket itu tanpa sedar tentang jenayah itu perlu tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

“Saya menyeru kepada orang Wang Kelian, orang Perlis yang mungkin pernah terlibat untuk menjadi tekong, pemandu jalan, yang mengetahui atau menerima upah untuk buat sesuatu supaya tampil.

“Kita tak akan ambil tindakan kerana mereka ini adalah saksi utama kerana saya percaya semasa mereka buat, mereka tak tahu ada kubur di atas. Kalau mereka tahu ada kubur, mereka tak akan buat,” katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Op Wawasan Khas di Markas Taktikal (Martek), di sini hari ini.

Isnin lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Semalam, sebanyak 22 rangka mayat berkafan ditemukan dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses patologi. Jumlah rangka mayat yang ditemukan setakat ini adalah sebanyak 35 sejak operasi menggali bermula 25 Mei lepas.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, beliau pernah ternampak pondok kosong di dalam kawasan hutan itu ketika melalui laluan itu bersama renjer hutan dan menurutnya pada masa itu beliau terfikir di dalam hati kenapa ada pondok sedangkan durian tidak sesuai ditanam di kawasan tersebut.


Berhubung laporan berita khususnya oleh media asing kononnya tahanan mati akibat diseksa yang telah membangkitkan kemarahan masyarakat tempatan, Shahidan berharap mereka bersikap lebih adil dan berhati-hati ketika membuat laporan supaya tidak menimbulkan sensitif tempatan.

Beliau berkata tuduhan tahanan diseksa harus diperiksa terlebih dahulu berikutan penemuan kebun sayur dan surau berhampiran kawasan kubur serta rangka mayat semuanya berkafan dan dikuburkan dalam keadaan menghadap kiblat.

“Tuduhan mereka diseksa kena diperiksa balik dan tunggu forensik apa punca kematian mereka sama ada dicucuk perut, mati tahan lapar atau penyakit.

“Ini kerana dengan kehadiran surau, mayat yang berkafan menghadap kiblat, jadi apakah yang terjadi dalam hutan yang dituduh memperdagangkan manusia tiba-tiba mayat dikebumi dengan cara tertib mengikut cara Islam,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori