KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta umat Islam Malaysia berdoa kepada Allah S.W.T supaya memperkuatkan dan memuliakan negara Turki.
Kata beliau, sikap negara Turki dan kepimpinannya terhadap isu-isu umat Islam termasuk pelarian Rohingya baru-baru ini amat membanggakan.
“Umat Islam bangga dengan kepimpinan Turki sedia ada bukan kerana gaya mewah mereka, tetapi kerana etika dan nilai kepimpinan yang ada pada mereka.
“Isu Mesir dan Rohingya menonjolkan lagi kewibawaan Kerajaan Turki. Marilah kita berdoa agar Allah menguatkan Turki dan memuliakan mereka,” katanya melalui laman Facebook beliau DrMAZA.com hari ini.
Media semalam melaporkan, selepas menghantar kapal bantuan, kerajaan Turki bertindak menyalurkan bantuan sebanyak USD 1 juta sebagai bantuan kemanusiaan untuk menyelamatkan pelarian Rohingya.
Agensi berita Turki, Hurriyet Daily dipetik melaporkan bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip ErdoÄŸan menghubungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 20 Mei lalu untuk memaklumkan perkara tersebut.
Selain itu, Erdogan juga mengucapkan terima kasih kepada Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam usaha membantu pelarian Rohingya.
Perdana Menteri Turki, Ahmet DavutoÄŸlu memaklumkan bahawa tentera laut Turki sudah mula memulakan operasi menyelamat di perairan Malaysia dan Thailand pada 19 Mei lepas.
Katanya, operasi tersebut yang dibantu oleh Organisasi Migran Antarabangsa (IOM) dan angkatan bersenjata Turki akan melakukan sedaya-upaya untuk menyelamatkan mana-mana bot pelarian Rohingya yang terkandas.
“Etika Islam dalam berpolitik itu lebih bermakna daripada memberikan jenama Islam kepada politik,” kata Mohd. Asri. - MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=_QFoPBiMhSU