Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 2 ADUN...

PETALING JAYA - Polis hari ini menahan tiga lelaki termasuk dua ahli Dewan...

Akta Koperasi Akan Dipinda...

KUALA LUMPUR - Bagi memperkasakan agenda koperasi dalam negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,...

“Saya Tidak Berminat Melayan...

KUALA LUMPUR - "Saya mengarahkan pemain-pemain tersebut pulang kerana pemain-pemain muda ini adalah...

RUU Larang Lompat Parti...

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3)...

Isu Porno Kanak-Kanak, Wajarkah Fitri Nordin Diberi Peluang Kedua?

ISU pelajar Malaysia ditangkap gara-gara memiliki lebih 30 ribu gambar serta lebih 1 ribu video porno kanak-kanak masih lagi hangat diperkatakan.

Apakah reaksi sebenar rakyat Malaysia mengenai isu ini?

Pelajar genius Matematik dari Malaysia, Fitri Nordin yang ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London mula belajar di Imperial College sejak tahun lalu.

Fitri melanjutkan pelajarannya di London selepas mendapat tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah disabitkan dengan 13 kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.

Dia juga dikatakan berkemungkinan akan diberi peluang kedua oleh pihak MARA sejurus pulang ke tanah air.

[BERKAITAN: GILA PORNO KANAK-KANAK, MARA BERI PELUANG KEDUA?]

Persoalannya, wajarkan dia diberikan peluang kedua di atas kesalahan besar yang dilakukannya?

Rata-rata netizen melahirkan rasa tidak puas hati sekiranya dia diberikan peluang kedua kerana bimbang akan kembali melakukan perkara terkutuk itu.



https://twitter.com/DonAsshole/status/595203064866340865

Namun, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Astro Awani terhadap tindakan yang sewajarnya diambil ke atas pedofil ini, lebih 80% bersetuju untuk mengekalkan dia di penjara Malaysia atau United Kingdom.

Berdasarkan pola itu setakat petang tadi, suara majoriti rakyat Malaysia nampak gayanya tidak bersetuju jika Fitri diberikan peluang kedua.

PolaUndian

Lumrah sebagai manusia, semua orang melakukan kesilapan dan layak diberikan peluang kedua hanya jika dia benar-benar menyesali serta bertaubat mengenai perkara yang dilakukannya.

– MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori