Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Bunyi Kuat Itu Rupanya...

JASIN - "Saya terkejut dengar bunyi yang sangat kuat dan apabila saya lihat,...

Kerajaan Sarawak Nafi Keluar...

KUCHING - Ketika ini, antara modus operandi pembangkang adalah cuba mewujudkan perasaan kurang...

PKL Hantar 114 Atlet...

KUALA LUMPUR - Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) menghantar 114 atlet ke Sukan Perpustakaan...

AS Tarik Balik Sekatan...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) hari ini menarik balik pengharaman selama 40 tahun...

Jackie Chan Dilantik Duta Selebriti Antidadah Singapura

SINGAPURA – Pelakon ternama Hong Kong, Jackie Chan hari ini dilantik menjadi duta selebriti yang pertama bagi kempen antidadah anjuran Singapura, lapor stesen televisyen tempatan, Channel NewsAsia pada Khamis.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri dan Ehwal Luar Negeri, Masagos Zulkifli ketika berucap pada majlis pelancaran Aversion, sebuah aplikasi permainan telefon bimbit di Politeknik Nanyang, di sini.

Chan yang turut hadir ketika menerima tawaran itu berucap, anak-anak muda menganggap pengambilan dadah sebagai satu pilihan peribadi, namun hakikatnya mereka yang terjebak pada akhirnya sengaja ‘menempah’ maut.

Chan mempunyai seorang anak lelaki, Jaycee Chan, yang baru-baru ini dihukum penjara selama enam bulan di China kerana secara kebetulan juga terbabit dengan kesalahan penyalahgunaan bahan narkotik tersebut.

Bahkan beliau turut menyokong hukuman mati yang dilaksanakan Singapura di samping jirannya, Malaysia dan Indonesia terhadap pengedar dadah kerana ‘merosakkan’ generasi muda bakal pelapis kepemimpinan negara.

Aktor veteran berusia 61 tahun itu malah teruja berkata: “Saya tidak teragak-agak untuk bersetuju apabila diminta menteri anda bagi menyokong kempen gerakan antidadah bersepadu di Singapura anjuran pihak pemerintah.”

“Saya juga menyokong hukuman mati yang tegas dilaksanakan Singapura di samping jirannya, Malaysia dan Indonesia ke atas pengedar dadah kerana merosakkan masa depan generasi  muda bakal pelapis negara.


Ini bukan kali pertama Chan menjadi duta untuk sesuatu kempen kesedaran peringkat antarabangsa kerana beliau pernah menjadi Duta Muhibah untuk agensi berpengaruh di bawah PBB, UNICEF pada tahun 2004 lalu.

Ujar Masagos, Biro Narkotik Pusat (CNB) republik itu berasa bimbang dengan peningkatan kadar jumlah anak muda yang ditahan akibat kes penyalahgunaan dadah di sekitar Singapura sejak kebelakangan ini.

Paling menakutkan pemerintah, sepanjang 10 tahun lalu, jumlah pesalah penyalahgunaan bahan narkotik dalam kalangan mereka yang berumur bawah 20 tahun didapati meningkat lebih 10 peratus setiap tahun.

Sementara itu, aplikasi Aversion dihasilkan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah CNB bersama Sekolah Interaktif dan Media Digital, Politeknik Nanyang diharap dapat menjayakan usaha mendidik pengguna mengenali bahaya pelbagai jenis dadah. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori