Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Selesai Keterangan Di...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi keterangan kira-kira...

ATM Terima Sumbangan Raya...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Rabu menerima sumbangan berbentuk kewangan...

Bicara Kes Pecah Amanah...

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes pecah amanah Datuk Seri Najib Razak bersama bekas Ketua...

JDT Kehilangan Marcos Akibat...

JOHOR BAHRU - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa mengharungi baki saingan Liga...

Janda Simpan Bau Badan Suami Dalam Botol Minyak Wangi

PARIS – Perasaan rindu terhadap insan disayangi yang baharu meninggal dunia memang perkara biasa, namun lain halnya bagi Katia Apalategui, seorang wanita Perancis yang kehilangan suaminya lebih tujuh tahun lalu.

Media negara tersebut melaporkan, Katia, 52 tahun; seorang jurujual insurans tempatan mempunyai cara unik tersendiri untuk terus dekat dengan ‘bau’ suaminya yang sudah lama tiada itu malah boleh dikomersialkan lagi.

Katia berkata, pada asalnya beliau sangat merindui aroma badan suaminya sehingga sering mencium bantal peninggalan mendiang lelaki tersebut agar dapat mengingati kenangan indah mereka ketika pernah bersama.

kalain

Sehingga satu hari, beliau mendapat idea untuk mengabadikan aroma badan suaminya itu dalam botol minyak wangi dan ilham inovatif produk tersebut juga boleh ‘dijual’ kepada pelanggan yang mengalami situasi sama.

Wanita itu dilaporkan telah mengambil ekstrak aroma badan suaminya daripada barang-barang yang mendiang tinggalkan terutama berasaskan fabrik kain seperti pakaian harian, tuala mandi atau paling baik, sarung bantal.

Malah kini Katia menubuhkan sebuah syarikat minyak wangi dikenali sebagai jenama Kalain yang menyediakan khidmat istimewa minyak wangi buatan sendiri dengan bau aroma badan orang disayangi yang sudah meninggal.

kalain3


Minyak wangi unik itu dijangka ditawarkan pada akhir tahun ini di Perancis pada harga promosi serendah 560 euro (kira-kira RM2,240) dan mungkin dipasarkan ke seluruh dunia apabila ada permintaan khas pelanggan.

Katia kini bekerjasama rapat dengan kumpulan penyelidik Universiti Le Havre di utara Perancis menggunakan teknik khusus untuk penghasilan semula aroma manusia melalui barangan lama yang mereka tinggalkan.

“Kami turut melawat rumah pengebumian untuk menawarkan khidmat pembuatan minyak wangi kepada waris keluarga. Kami hanya menggunakan bekas pakaian si mati untuk mengambil contoh aromanya,” jelas beliau.

kalain2

Teknologi yang digunakan bagaimanapun dirahsiakan, namun Katia berkata, minyak wangi buatan itu juga amat sesuai bagi pasangan bercinta tinggal berjauhan atau anak kecil yang ditinggalkan ibu bapa kerana pergi bekerja.

Kaedah ini sama seperti yang biasa digunakan kebanyakan orang apabila merindukan seseorang iaitu dengan melihat foto lama, rakaman video atau barangan sentimental peninggalan indvidu tersebut ketika masih hidup.

Menurut saintis universiti berkenaan, memang ada hubungan erat antara aroma dan kenangan, malah minyak wangi sebegitu akan memberi ketenangan kepada mereka yang merindui bau insan kesayangan. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori