Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Varian XE Belum Dikesan...

IPOH : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan Malaysia belum mengesan kehadiran mutasi baharu varian...

Notis Harga Belum Tolak...

IPOH - Peniaga diminta meletakkan notis pemberitahuan sekiranya barangan yang dijual di premis...

Senarai Jalan Yang Ditutup...

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan di sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat...

“Jaga Kesihatan” Pesan Terakhir...

PENYANYI terkenal Misha Omar tidak menyangka ungkapan pelawak terkenal Yus Jambu yang berbunyi, "Jaga...

“Jangan Terburu-Buru Keluarkan Simpanan Tabung Haji” – IKRAM

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) meminta pencarum Tabung Haji supaya bertenang dengan isu pembelian hartanah oleh pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) di Tun Razak Exchange (TRX) dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presidennya, Ustaz Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad berkata, pencarum Tabung Haji diminta tidak terburu-buru mengeluarkan simpanan dalam Tabung Haji hanya kerana maklumat tersebar di media sosial sebaliknya bertenang sehingga perkara yang lebih jelas tentang perkara itu diperolehi.

“Keutuhan Tabung Haji sebagai sebuah institusi penting umat perlulah dipelihara sebaik mungkin. Setelah pihak Audit Negara membuat rumusan ke atas kedudukan kewangan 1MDB yang sebenar, barulah tindakan lanjut berurusan dengan 1MDB boleh dibuat dengan mengambil kira risiko yang telah diketahui secara jelas.

“Semoga segala perkara negatif yang tersebar akan dapat ditangani dengan hemat demi kelangsungan agenda pembinaan ekonomi Malaysia yang tercinta,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Parid bagaimanapun mencadangkan beberapa perkara untuk mengembalikan keyakinan pencarum dan masyarakat umum ke atas Tabung Haji iaitu mempercepatkan Laporan Audit Negara mengenai kedudukan kewangan sebenar 1MDB.


Beliau mencadangkan supaya kerajaan membekukan sementara waktu semua transaksi kewangan antara Tabung Haji dan 1MDB termasuk urusan pembelian aset.

Mohd. Parid turut mencadangkan kerajaan menggantung tugas-tugas Ketua Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Panel Perlaburan Tabung Haji sehingga siasatan selesai.

“Mengelakkan dari mengambil ahli politik menganggotai Lembaga Pengarah GLIC, selaras dengan pelan transfomasi Syarikat Berkaitan Kerajaan iaitu memisahkan pengaruh politik dalam bisnes,” katanya. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=Dp8eMNy-nVY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori