Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Berbangga Eksport Coronavirus...

RASANYA kalau ada masa kita dibenarkan pukul orang… Ini antara masa kita perlu...

Zahid Pengerusi Mesyuarat Majlis...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan...

Penjawat Awam Johor Diharap...

ISKANDAR PUTERI - Penjawat awam di negeri ini diharap menjadikan komitmen kerja Perdana...

PRU15: BN Mampu Rampas...

KANGAR : UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri mampu merampas kembali lima kerusi...

Jasa, Pengorbanan Jururawat Dihargai

KOTA KINABALU – Jasa dan pengorbanan jururawat yang bertugas di institusi-institusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah sentiasa dihargai, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Beliau berkata, jururawat sentiasa memastikan kesihatan, keselesaan dan keceriaan kepada golongan sasar yang berada bawah jagaan mereka.

“Mereka juga perlu membahagikan masa antara tanggungjawab kepada keluarga, tugasan rasmi dan peranan dalam masyarakat,” katanya sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Sabah, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Siti Sapoo Ahok.


Jainab berkata walaupun terdapat hanya 27 jururawat bertugas di institusi berkenaan, jabatan tetap mengiktiraf sumbangan mereka dengan mengadakan sambutan.

Pada majlis berkenaan, lapan jururawat yang berkhidmat lebih 15 tahun menerima sijil penghargaan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori