Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jakim Akan Serap 3,000...

PARIT BUNTAR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merancang untuk menyerap antara 1,000...

WARISAN Tampil Muka Baharu...

PASIR GUDANG : Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan menampilkan sebahagian besar muka baharu...

BN Terengganu Terima, Hormati...

KEMAMAN : Barisan Nasional (BN) Terengganu menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri...

#BoycottMalaysia Tidak Jejas Hubungan...

KUALA LUMPUR - Kempen #BoycottMalaysia yang dilancarkan rakyat India di laman sosial Twitter...

Jawatan Tertinggi Dalam PAS Perlu Dalam Kalangan Ulama

KOTA BHARU – Dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu disandang mereka dari dalam kalangan ulama, kata Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata anggota parti seharusnya memilih kumpulan ulama untuk memimpin supaya PAS tidak terpesong daripada perjuangan asalnya.

“Padangan saya mudah sahaja, apabila berlaku apa-apa kepada orang nombor satu (Presiden) maka automatik orang nombor dua (Timbalan Presiden) akan ambil tempat dia.

“Jadi orang nombor satu dan dua ini perlu dari kalangan ulama, ia mudahkan proses penggantian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan di sini, semalam.


Sementara itu, Mohd Amar berkata beliau belum membuat keputusan sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden pada Muktamar PAS ke-61, Jun ini.

Mohd Amar kini menerima tiga pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden dan ini memungkinkan pertandingan tiga penjuru di antara Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (94 pencalonan) dan penyandang jawatan tersebut, Mohamad Sabu (lapan pencalonan). – BERNAMA

https://youtu.be/zWbpUeXcAjQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori