Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tok Mat Bayangkan Pertahan...

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi bayangan akan mempertahan...

FAMA Atur Jadual Bekalan...

KOTA BHARU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan jadual penanaman projek ladang...

Penubuhan Majlis Media Malaysia...

SHAH ALAM - Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) ketika era internet yang dikuasai...

Tiada Pengesahan Agong Telah...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau...

JAWI Gesa Umat Islam Boikot Program Hiburan Realiti TV

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi khutbah Jumaat semalam menyeru umat Islam khususnya di Malaysia memboikot rancangan realiti televisyen yang melalaikan dan tidak mematuhi syariat agama Islam.

Melalui khutbah bertajuk Jihad Menentang Kebatilan itu, JAWI menyifatkan program realiti TV sebagai salah satu bentuk gejala hedonisme yang dicipta bagi merosakkan pemikiran umat Islam terutamanya anak-anak remaja.

“Rancangan realiti membawa anasir negatif seperti membuat lawak lucah, pendedahan aurat, lelaki berpakaian wanita dan sebagainya.

“Malah, ada rancangan tersebut berbentuk fitnah sesama artis, mengumpat atau mengeji, namimah atau melaga-lagakan sesama artis, membuka aib artis dan sebagainya.

“Mari kita boikot rancangan tersebut,” ujar kandungan khutbah tersebut.


Pada masa yang sama, JAWI mengesa semua ibu bapa agar mengawal anak-anak muda yang meminati hiburan melalaikan dan memupuk anak-anak agar meminati hiburan yang berteraskan syariat Islam. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

Sumber: Malaysia Insider

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori