Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Guru Rebah Di Sekolah,...

KUCHING - Seorang guru wanita yang dipertanggungjawab membuat analisis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)...

Isteri Tahu Suami Curang...

SEORANG isteri hanya mengetahui mengenai kecurangan suaminya selepas lelaki itu terbunuh dalam nahas...

Ahli UMNO Perlu Tumpu...

SANDAKAN - Anggota Umno tidak perlu mempertikaikan isu rombakan kabinet yang dilakukan Perdana...

Bot Karam Di Sabak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah...

JDT Mahu Lahirkan Pemain Muda Berbakat

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berharap dapat melahirkan ramai pemain muda berbakat melalui kerjasama yang dimeterai dengan kelab Borussia Dortmund (BVB) di Jerman.

PBNJ dalam satu kenyataan berkata, tujuan utama kerjasama itu untuk membangunkan pemain-pemain muda daripada pelbagai sudut termasuk skil, teknikal dan pemikiran.

“Ini merupakan peluang yang sangat baik untuk proses pembangunan serta kemajuan pasukan dalam mencapai status profesional,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, melalui kolaborasi dengan BVB, pemain muda Johor yang mempunyai bakat akan digilap supaya setara dengan pemain bertaraf antarabangsa.


Media pada 12 Mac lalu melaporkan Johor Darul Takzim (JDT) muncul kelab Asia pertama menjalin kerjasama dengan gergasi kelab Bundesliga di Jerman tersebut.

Ia juga langkah besar buat Harimau Selatan yang mensasarkan pembangunan bolasepak peringkat awal melibatkan pemain-pemain berumur antara 8 hingga 16 tahun.

Kerjasama kedua-dua kelab itu juga akan melibatkan satu aksi persahabatan antara Harimau Selatan dengan pasukan utama BVB pada Julai. – MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • PBNJ

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori