Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Kecewa Bercinta Buat...

GARA-GARA kecewa selepas ditinggalkan oleh teman wanitanya, seorang lelaki di China telah membuat...

PKP 14 Hari Di...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri...

Sistem Tadah Air Hujan...

KUALA LUMPUR - Amalan mendapatkan bekalan air menerusi Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)...

Wanita Tertua Di Dunia...

WANITA tertua di dunia, Susannah Mushatt Jones dilaporkan telah meninggal dunia pada usia...

Jet Rasmi Bukannya Untuk Kemewahan – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah menjadi amalan standard di seluruh dunia bagi kebanyakan pemimpin untuk menggunakan jet rasmi, namun ia bukannya untuk kemewahan tetapi sebagai kecekapan dalam menjalankan tugas mereka.

“Hiasan dalaman pesawat dikonfigurasikan supaya mesyuarat dan perbincangan boleh diadakan dalam pesawat dan tugas negara boleh diteruskan walaupun semasa penerbangan.

“Oleh itu, tidak timbul persoalan sama ada atau tidak sesebuah negara harus mempunyai sebuah jet rasmi,” kata beliau dalam catatan terbaharunya dalam blog NajibRazak.com.

Dalam catatannya itu, Najib menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan kerajaan, selain memberi maklum balas beliau berhubung perkara itu.

Beliau menjelaskan pesawat eksekutif Airbus Corporate Jet (ACJ 320) dibeli bagi menggantikan pesawat berusia 16 tahun yang berbahaya dari segi keselamatan.

“Selain itu, ia juga adalah pesawat rasmi yang digunakan oleh Yang Di-Pertuan Agong, yang merupakan sebab mengapa kita tidak boleh berkompromi mengenai jaminan keselamatan,” kata beliau.


Najib berkata kos penyenggaraan pesawat lama adalah tinggi, oleh itu kerajaan akan melupuskan pesawat lama dan wang yang diperoleh daripada penjualannya akan digunakan untuk mengurangkan kos pembayaran pesawat baharu.

“Kita tidak boleh terpengaruh dengan propaganda pembangkang bahawa kerajaan telah membazirkan wang membeli jet baharu. Apa yang mereka gagal jelaskan adalah jet itu dibeli untuk menggantikan pesawat berusia 16 tahun, yang berbahaya dari segi keselamatan,” kata beliau.

Hari ini, pesawat eksekutif ACJ320 itu yang baharu diperoleh kerajaan, melakukan penerbangan rasmi pertama dengan membawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dari Alor Star ke Pulau Langkawi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori