Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jenazah Tengku Puteri Sofiah...

SHAH ALAM - Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin...

HTC Butterfly 2 Dilancarkan...

HTC Malaysia secara rasminya melancarkan telefon pintar terbaru mereka dibawah keluarga HTC Butterfly,...

Farhash Sifatkan Azmin Tak...

SHAH ALAM - "Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2019 sekerat jalan belum habis...

Rusia Pastikan Tiada Sebarang...

MOSCOW - Rusia akan mengambil semua langkah perlu untuk mencegah serangan pengganas dan...

Johor Bakal Miliki Stadium Setaraf Signal Induna Park

KUALA LUMPUR – Johor akan mempunyai sebuah stadium setaraf Stadium Signal Induna Park di Jerman dalam tempoh tiga tahun.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan memberitahu, stadium baharu tersebut bakal dibina oleh Country Garden di Nusajaya.

“Stadium Borussia Dortmund (BVB) akan dijadikan contoh supaya stadium baru yang bakal dibina Country Garden dalam jangka masa tiga tahun dapat menempatkan pelbagai kemudahan lebih baik kepada rakyat Johor,” kata kenyataan itu hari ini.

Signal Induna Park
Signal Induna Park

Menurut kenyataan itu, Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah melawat Stadium Signal Induna Park baru-baru ini.


Kata kenyataan itu, baginda meninjau segenap aspek mengenai stadium itu termasuk kelengkapan, reka bentuk, aspek keselamatan, pengiklanan, ruang perniagaan, kawasan letak kenderaan dan laluan masuk penyokong.

Tambah kenyataan itu, baginda turut meninjau ‘railing seat’ untuk penyokong ultras serta kedai konsep milik BVB untuk dijadikan contoh.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori