Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

1,169 Produk PKS Berjaya...

PUTRAJAYA - Sebanyak 20 peratus atau 1,169 produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS)...

Ahli Politik Australia Dituduh...

CANBERRA - Seorang anggota pembangkang Parti Buruh Australia (ALP) dituduh melakukan perbuatan salah...

Anak Syarikat Ewein Sasar...

KUALA LUMPUR - Ewein Ecommerce Sdn Bhd (EESB), anak syarikat Ewein Bhd merancang...

PKNS Mahu Eratkan Lagi...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini melawat Pertubuhan Berita...

JPAM Perlu Tingkat Kemahiran Menyelaras Operasi Bencana

PUTRAJAYA – Kemahiran menyelaras operasi ketika bencana merupakan elemen yang perlu ditingkatkan dalam kalangan pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim.

“Ia penting kerana mereka akan bertindak sebagai pemberi panduan dan memberi tunjuk ajar kepada anggota JPAM serta sukarelawan yang membantu ketika sesuatu bencana berlaku,” katanya.

Terdapat sebanyak 530 pegawai JPAM di seluruh negara ketika ini, yang dibantu 800,000 sukarelawan yang bersedia untuk dipanggil dan digerakkan pada bila-bila masa apabila bencana berlaku, katanya.

Bercakap kepada pemberita pada majlis tamat latihan dan pentauliahan Pegawai Perkhidmatan Pertahanan Awam siri 1/2014 di Padang Kawad Akademi Latihan Pertahanan Awam, Bangi dekat sini hari ini, Alwi berkata latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran pegawai JPAM adalah penting.


Dalam pada itu, beliau berkata kerja-kerja permulaan bagi pembinaan ibu pejabat baharu JPAM di Sungai Merab, Bangi sudah digerakkan dan projek bernilai RM50 juta itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori