Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pelantikan Tommy Sebagai Peguam...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dilakukan tatkala negara sedang...

Lepas Empat Bulan Hisap...

UMUM mengetahui rokok elektronik atau vape merupakan alternatif kepada gantian rokok, apatah lagi ramai...

Peguam Sultan Kelantan Nafi...

SINGAPURA – Barisan peguam yang mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menolak laporan...

Cyber999 App: Laporan Ancaman...

KUALA LUMPUR - Mereka yang menerima ancaman siber kini boleh terus membuat laporan...

Kadar Pengangguran Singapura Turun Sedikit

SINGAPURA – Kadar pengangguran di Singapura kekal rendah dan berada dalam aliran menurun sejak empat suku lepas apabila pasaran buruh terus kukuh.

Kadar pemberhentian pekerja berkurangan dalam kebanyakan industri dan kadar pengangguran bagi warganegara dan pemastautin rendah pada suku pertama 2015.

Pekerjaan terus berkembang, walaupun pada kadar perlahan berbanding tempoh bermusim tinggi pada akhir tahun lepas.

Ini merupakan dapatan awal utama daripada laporan “Situasi Pekerjaan, Suku Pertama 2015” yang dikeluarkan oleh Jabatan Penyelidikan Tenaga Kerja dan Perangkaan, Kementerian Tenaga Kerja (MOM) di sini, hari ini.

Menurut laporan itu, anggaran awal menunjukkan keseluruhan pelarasan bermusim kadar pengangguran turun daripada 1.9 peratus pada Disember 2014 kepada 1.8 peratus pada Mac 2015.


Begitu juga, kadar pengangguran turun pada suku itu bagi pemastautin daripada 2.7 peratus kepada 2.5 peratus, dan bagi warganegara daripada 2.7 peratus kepada 2.6 peratus.

MOM berkata kadar pekerjaan pada Mac 2015 meningkat sebanyak 2.9 peratus yang menjadikan jumlah bilangan pekerja sebanyak 3,624,200 orang.

Lebih banyak data pasaran buruk menyeluruh akan dikeluarkan dalam “Laporan Pasaran Buruh, Suku Pertama 2015″ pada 15 Jun, 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori