Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

5 Blok Rumah Pekerja...

SANDAKAN - Seramai 145 pekerja kilang di Semawang Sawmill di Batu 11 dekat...

Minggu Ketiga Dewan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat minggu ini 'kecoh' dengan kenyataan Ketua Menteri...

Tumbuk Rakan Serumah, Pengawal...

PETALING JAYA - Tindakan seorang pengawal keselamatan menumbuk mata, hidung dan bibir rakan...

‘Aku Tak Kenal Dia,...

BUKAN sahaja ditangkap, malah dia juga dimalukan oleh ibunya sendiri dan kemudian 'dikerjakan'...

KAFA Cadang FAM Cuma Pegang 28 Peratus Ekuiti

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencadangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cuma memegang 28 peratus ekuiti daripada penswastaan Liga Malaysia.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 72 peratus ekuiti lagi diagihkan kepada setiap ahli gabungan menjadikan setiap persatuan negeri atau kebal masing-masing menerima enam peratus ekuit.

“Pegangan 28 peratus ini sudah lebih tinggi daripada pegangan JFA ( Japan Football Association) dalam Liga Jepun dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dalam Liga Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Annuar berkata, pemegangan ekuiti sebanyak 28 peratus oleh FAM sebenarnya melebihi keperluan perbelanjaan mengurus Liga Malaysia oleh badan induk it.


Malah, katanya, FAM sepatutnya mengecilkan saiz kakitangan dan perbelanjaan kerana kedua-duanya adalah yang tertinggi di peringkat Asia.

“Segalanya perlu `distreamline’ semula untuk menjadikan FAM dan Liga Malaysia lebih cekap,” katanya. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori