Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Dipindahkan Turun...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PP) di...

Ternakan Ikan Air Tawar...

HULU TERENGGANU - Projek penambahbaikan penternakan ikan air tawar di Kampung Pantai Ali...

13 Kontraktor Direman 6...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan...

20 Kereta Disagat Treler,...

KECOH jadinya laman sosial apabila tersebar gambar banyak kenderaan yang rosak teruk akibat...

Kalau Dah Kaya.. Anjing Pun Pakai Apple Watch

China – Kalau dah kaya, anjing pun boleh dibelikan jam. Bukan sembarang jam tetapi jam jenama Apple Watch.

Itu yang dilakukan oleh anak seorang jutawan, Wang Sicong, 27, yang membelikan dua jam berkenaan yang bernilai RM7,200 setiap satu.

Sicong yang merupakan anak tunggal kepada jutawan Wang Jianlin, mengikut jejak bapanya yang terkenal dengan sikap boros.

Sicong begitu sayangkan anjingnya itu dan tidak kisah membelanjakan wang untuknya.

anjing1

Gambar anjingnya memakai dua Apple Watch itu dimuat naik dalam akaun media sosial anjing itu sendiri yang kini sudah mempunyai hampir 700,000 pengikut.

anak

Namun ramai pengguna media sosial yang menyifatkan Sicong sebagai anak orang kaya yang tidak matang.


Bagaimanapun bagi yang mengenali gaya hidup Sicong, pembelian jam itu bukan sesuatu yang mengejutkan malah sebagai anak tunggal hidupnya dikelilingi dengan harta benda dan kemewahan.

Bapanya sendiri mempunyai dua jet peribadi, sebuah bot laju serta kelab bola sepak sendiri.

Ketika ulang tahun ke 27 Sicong, ibu bapanya telah menyewa resort di Sanya untuk meraikannya dan turut menjemput kumpulan kegemaran anaknya dari Korea, T-ara.

Apple Watch itu bukan hadiah mahal yang pernah diterima oleh anjingnya malah awal bulan ini, anjing itu menerima beg tangan jenama Fendi.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=qrCvsmU65LA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori