Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ujian RT-PCR COVID-19 Percuma...

KUALA LUMPUR: Ujian saringan RT-PCR COVID-19 bagi bakal jemaah haji di fasiliti Kementerian...

APMM Kuala Kedah Tahan...

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah hari ini menahan...

Ibu, Bapa Tiri, Bapa...

MERSING - Seorang suri rumah bersama suami dan abang iparnya didakwa di Mahkamah...

Pakatan Tak Hormat Hak...

KUALA LUMPUR - Demokrasi memberi hak kepada majoriti rakyat negara ini untuk tidak...

Kampus UTAR KL, Petaling Jaya Pindah Ke Kajang

KUALA LUMPUR – Kampus Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan pejabat-pejabatnya di Setapak dan Petaling Jaya akan berpindah ke Kampus Bandar UTAR di Sungai Long, Kajang berkuat kuasa 1 Jun depan.

Pendaftar UTAR, Dr. Tan Kee Kong berkata,
pemindahan itu bertujuan menyatukan seluruh Kampus UTAR dari Lembah Klang ke Kampus Bandar UTAR di Sungai Long.

“Kampus Bandar UTAR milik UTAR serba baharu ini bakal memberi persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada para pelajar.

“Langkah ini membolehkan para pelajar berhubung dan bergaul antara satu sama lain sekali gus menjadikan Kampus Bandar UTAR sebagai pusat aktiviti pelajar yang meriah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kee Kong berkata, kampus UTAR yang terletak di Petaling Jaya dan Setapak akan berhenti
beroperasi berkuat kuasa 31 Mei ini.


Sehubungan itu, katanya, segala urusan surat menyurat, dokumen dan lain-lain perlu dihantar ke alamat baharu UTAR seperti berikut:

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Jalan Sungai Long, Bandar Sungai Long,Cheras, 43000 Kajang, Selangor. – mynewshub.cc

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • kolej

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori