Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Positif Covid-19, Nagaentran Akan...

Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) mengesahkan seorang warganegara Malaysia yang dijadual dihukum gantung hari ini kerana mengedar dadah disahkan positif Covid-19 pada 9 Nov 2021, dan akan menerima rawatan perubatan.

Intan Najuwa Padam Gambar...

KUALA LUMPUR - Kontroversi yang menimpa Intan Najuwa dan Zul Ariffin apabila foto mesra...

SAREX, Persediaan Menyelamat &...

KUCHING - Latihan Mencari dan Menyelamat (SAREX) 2016 akan menjadi medan persediaan menghadapi...

Enakmen Kebajikan Haiwan 2015...

TAWAU - Anggota Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching berharap Enakmen Kebajikan...

Kantoi Curang, Isteri Penggal Kepala Suami

Las Vegas – Seorang wanita mengaku membunuh suaminya sendiri selepas rahsianya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain diketahui mangsa.

Maria Hernandez, 32, dan adik lelakinya Hector Gutierrez, 22, ditahan dan dituduh membunuh suaminya, Enrique Hernandez.

Mayat Hernandez dijumpai di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kepalanya hampir putus.

Maria dipercayai merancang pembunuhan itu sebulan lalu dengan bantuan Gutierrez yang menyerang mangsa menggunakan kapak.

Wanita itu pada mulanya menghubungi polis berhampiran persimpangan Buffalo Drive pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) dan memberitahu ada lelaki menyerang suaminya.


Selepas disoal siasat Maria akhirnya mengaku dia bersubahat dengan Gutierrez untuk membunuh suaminya itu.

Maria menyembunyikan kapak di tempat duduk belakang kereta yang dipandunya dan menyuruh Gutierrez menggunakan senjata itu untuk menyerang mangsa.

Agensi/myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori