Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tiada Ahli Parlimen BN...

KUALA LUMPUR : Belum ada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menandatangani sebarang...

Aksi Liga M Percuma...

KEHANGATAN saingan Liga Malaysia (Liga M) semakin dirasai selepas Liga Bola Sepak Malaysia...

Ketua Penerangan UMNO Letak...

Naib Presiden Umno, Shahril Hamdan antara pemimpin terbaru dalam parti itu yang menyertai...

Mangsa Banjir Di Kedah...

SUNGAI PETANI - Jumlah mangsa banjir di lima pusat pemindahan di tiga daerah...

Kapal Korek Karam: 14 Kru Hilang, Seorang Selamat

JOHOR BAHRU – Sebuah kapal korek membawa muatan pasir dari Teluk Ramunia, Pengerang dekat sini karam dipukul ombak awal pagi ini di kedudukan 8.6 batu nautika timur Tanjung Punggai, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daudberkata dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, 14 kru kapal dilaporkan hilang manakala seorang berjaya diselamatkan.

Kapal itu sedang menuju ke perairan Pengerang dekat sini apabila dipukul ombak menyebabkannya terbalik lalu karam, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Berikutan itu, kesemua kru kapal yang terdiri daripada 14 warga China dan seorang warga tempatan terjatuh ke dalam laut.


“Namun seorang daripadanya telah berjaya diselamatkan oleh kapal yang kebetulan melalui kawasan itu, manakala 14 lagi kru masih hilang,” katanya.

Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat kesemua mangsa hilang oleh Pasukan Gerakan Marin sedang giat dilakukan membabitkan sebuah kapal, tiga bot APMM Daerah Tanjung Sedili dan pesawat udara APMM. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Kapal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori