Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bapa Durjana Dipenjara, Ajak...

SEORANG lelaki dari Cornwall, England dihukum penjara selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan dia...

Nahas Bas: “Kawan Baik...

BUKIT MERTAJAM - Dalam suasana kelam-kabut untuk menyelamatkan diri, Nur Shakirah Ishak hanya...

Mansuh Akta Antiberita Palsu:...

TUN Dr. Mahathir Mohamad sewaktu berceramah di Pasir Gudang, Johor malam tadi menyebut...

Kereta ‘Hancur’ Bukan Parkir...

KECOH di laman sosial apabila apabila sekeping gambar sebuah kereta jenis Perodua Myvi...

Kapal Korek Karam: Satu Mayat Ditemui Hari Ini

JOHOR BAHARU – Gerakan mencari dan menyelamat kru kapal korek Ocean Line SC208 yang karam di perairan Pengerang, hari ini menemui satu mayat, dipercayai seorang daripada 14 mangsa.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili, Komander Maritim Mustafa Kamal Abas, berkata mayat lelaki yang belum dapat dikenal pasti identitinya itu, ditemui terapung pada pukul 3.45 petang di kedudukan 14 batu nautika dari lokasi kejadian.

“Mayat yang belum dapat dikenal pasti kewarnegaraannya itu telah dijumpai hasil maklumat yang diberikan kapal Kanata Spirit yang ternampak mayat di kawasan terbabit.

Mayat akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat pada hari ketiga diperluaskan ke kawasan berkedudukan 15 batu nautika dari tempat kejadian berbanding hanya lapan batu nautika semalam.

Tumpuan turut diberikan ke atas usaha mencari dan menyelamat mangsa yang berkemungkinan terperangkap dalam perut kapal, selepas dipercayai tidak sempat melakukan apa-apa sewaktu kejadian berlaku.


Mustafa berkata, 18 penyelam daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditugaskan untuk melakukan penyelaman ke dalam perut kapal.

Bagaimanapun, setakat pukul 4 petang tadi, tiada penyelam yang berjaya memasuki bahagian itu ekoran arus air yang kuat, kata Leftenan Mohammad Noor, pegawai TLDM yang mengetuai penyelaman berkenaan, kepada Bernama.

“Keadaan air yang gelap beserta arus laju dan terdapat minyak dalam bahagian kapal menyukarkan pasukan kami untuk masuk.

Pun begitu, kami sempat melakukan kerja-kerja penandaan di sekeliling kapal,” katanya, dan memberitahu mereka juga dibekalkan empat tong oksigen yang mampu bertahan selama tiga jam bagi kawasan air sedalam 10 hingga 15 meter.

Operasi mencari dan menyelamat kini masih diteruskan sehingga 7 malam ini untuk mencari baki 13 lagi mangsa yang hilang, sebelum disambung pada pukul 7 pagi esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori