Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Keprihatinan Putera Charles Terserlah,...

KUALA LUMPUR – Putera Diraja Britain, Putera Charles mempunyai aturcara padat pada hari...

Komuniti ASEAN Perlu Lebih...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy jamaluddin berkata sudah tiba masa...

John Legend Bakal Timang...

PENYANYI kesukaan ramai John Legend dan isteri, Chrissy Teigen, 30, bakal menimang cahaya mata...

BN, PAS Sokong Muhyiddin...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dan PAS bersetuju mencalonkan Presiden Parti Pribumi...

Karnival 4 Hari Serikan Pelancaran Menara Baru Felcra

KARNIVAL selama empat hari bermula 28 hingga 31 Mei ini bakal diadakan bersempena dengan majlis perasmian dan pelancaran Menara Felcra yang baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menara baru Felcra akan dirasmikan oleh Najib Khamis ini.

Karnival itu akan diadakan di Perkarangan Menara Felcra, Jalan Gurney, Kuala Lumpur bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai aturcara menarik yang telah disusun bagi menarik kehadiran pengunjung antaranya program treasurehunt, mini konsert Felcra, jualan usahawan, sesi meet and greet bersama artis popular, busker, zumba, santai ustazah, catwalk muslimah dan pertandingan mewarna kanak-kanak.

karnival


Antara rakan artis yang dijangka menghadirkan diri pada karnival tersebut adalah Dazrin, Keena Mentor, Azam Pitt, Syed Ali, Khai, Rosma, Ida Moin dan Ana Dahlia.

Pentas mini konsert yang berlangsung pada hari Sabtu jam 8.30 malam pula bakal disajikan dengan persembahan daripada penyanyi ternama tanah air antaranya Fauziah Latif, Adira, Tomok, Saleem dan Faradhiya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JASMIN 

LINTAS LANGSUNG KARNIVAL BELIA 2015

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori