Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tak Boleh Jalan Jauh,...

PENGARAH filem Hantu Kak Limah, Mamat Khalid menjelaskan dia kini masih menerima rawatan...

Bot Karam: Nelayan Warga...

KUALA TERENGGANU - "Takut, panik semua ada... alhamdulillah pak cik selamat... tapi pak...

Video Daesh Gesa Anggota...

KAHERAH - Militan Daesh menggesa anggotanya melancarkan serangan di Rusia dalam video sepanjang...

Doa Yang Diajarkan Rasulullah...

 1. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Tabrani, Rasulullah ﷺ dikatakan pernah...

Kasih Ibu.. Sanggup Dukung Anak Hidap Leukemia Sambil Mengajar

CHINA – Jika anda memandang gambar ini, pasti anda tertanya-tanya kenapa wanita ini mengendong anaknya ketika dia sedang mengajar di dalam kelas.

Namun sebenarnya, Zhang Wei, 32, bukan sengaja mahu membawa anaknya, Tutu yang berusia tiga tahun itu ke sekolah, sebaliknya ia adalah kerana kanak-kanak itu menghidap leukemia.

Disebabkan anaknya itu terlalu lemah untuk ditinggalkan sendirian, maka Zhang tiada pilihan kecuali membawanya dan mendukungnya ketika mengajar.

8

Zhang tiada pilihan lain kerana dia perlu bekerja untuk mendapatkan wang bagi bayaran perubatan Tutu yang kini terpaksa menjalani kimoterapi.

“Saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengannya sejak bulan Jun tahun lalu kerana dia sentiasa demam dan sakit kaki. Ada kalanya Tutu tidak boleh bangun langsung,” katanya yang mengajar mata pelajaran Kimia.

Selepas disahkan menghidap leukemia, Tutu sudah menjalani 11 kali rawatan kimoterapi dalam masa lapan bulan dengan kos melebihi RM40,000.

Namun kini, doktor memaklumkan kanser dalam badan Tutu semakin agresif dan tanpa pembedahan Tutu hanya boleh bertahan sehingga bulan Ogos sahaja.


“Tutu sudah tidak mempunyai kekuatan untuk bergerak lagi dan dia hanya mampu bertahan hingga Ogos ini sahaja.

“Saya tidak mampu untuk menanggung kos pembedahan kerana ia sangat tinggi,” katanya.

Zhang juga terdesak untuk menjalankan pembedahan bagi menderma tulang sum sum kepada anaknya namun kos pembedahan sekitar RM100,000 amat tinggi dan tidak mampu diperolehinya.

“Jika saya sendiri yang mengalaminya, sudah lama saya menyerah kalah tetapi disebabkan ini anak saya, saya tidak boleh melakukannya.

“Hanya satu harapan saya dalam hidup iaitu untuk menyelamatkan anak saya ini,” katanya.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori