Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Page, Brin Tinggalkan Syarikat...

CALIFORNIA - Larry Page dan Sergey Brin, pengasas bersama Google meninggalkan syarikat induk...

Video: Pengawal Keselamatan Dikasari...

HANYA kerana diminta butir pengenalan diri, seorang lelaki dirakam bertindak agresif menampar pengawal...

Pasang Jalur Gemilang Terbalik,...

KOTA BHARU: Pemilik premis di bandar ini yang memasang Jalur Gemilang terbalik atau...

Pemandu Lori Mabuk Rempuh...

Johor Bahru : Tiga kereta yang diletakkan di parkir awam dirempuh sebuah lori...

Kastam, KPDNKK Digesa Bertindak Terhadap Peniaga Yang Ambil Kesempatan

LUMUT – Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa melakukan pemeriksaan rapi serta mengenakan tindakan ke atas peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pelanggan dengan mengaut untung secara berlebihan, dalam menangani isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah berkata beliau menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan GST, yang dilihat mampu membantu ekonomi negara.

Bagaimanapun, beliau berkata penguatkuasaan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan adalah terlalu lemah.

“Isu penguatkuasaan ini perlu dipantau dengan rapi oleh pihak kastam dan KPDNKK yang mana peniaga pasar raya dan restoran menekan rakyat sewenang-wenangnya.

Terdapat beberapa individu yang mengadu bahawa pasar raya meletakkan harga yang tinggi selepas GST kerana sepatutnya tidak begitu. Malah makanan dan minuman seperti minuman air kelapa juga turut dikenakan CBP yang membebankan rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama wakil badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Seri Manjung hari ini.

Abdul Rani Kulup berkata GST adalah satu inisiatif kerajaan yang bagus dan membantu rakyat namun terdapat peniaga yang mengambil kesempatan untuk meraih untung.

“Jika ini berlaku, orang ramai akan menyalahkan kerajaan walaupun sebenarnya peniaga yang begitu rakus mengaut keuntungan,” katanya.

Beliau berkata laporan polis itu dibuat bagi menyeru agensi penguatkuasaan supaya lebih aktif dan melakukan pemeriksaan secara rapi ke atas peniaga supaya orang ramai tidak tertipu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori