Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 Individu Ditahan Bersama...

ALOR SETAR - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita serta merampas 4,551...

Penyiasat MH17 Dedah Panggilan...

THE HAGUE - Pasukan penyiasat antarabangsa yang meneliti kes tembak jatuh pesawat MH17...

Rizab Boleh Guna Malaysia...

KUALA LUMPUR - Rizab Malaysia pada akhir Ogos 2018 tetap boleh guna, dengan...

“Kalau Beginilah Caranya ‘Tembak’...

SEORANG pengguna Facebook, Muhammad Affandi Azmi, 27, meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap...

Kategori Media Dalam Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2016

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mewujudkan kategori khas bagi pihak media pada Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2016.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin berkata, kategori itu diwujudkan berikutan cadangan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kategori khas media yang bakal diwujudkan ini bagi menghargai wartawan dan agensi media yang banyak menyumbang dalam membangunkan agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) serta membudayakan STI dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ewon berkata, STI merupakan salah satu agenda penting dalam merealisasikan enam teras strategik Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11)/.

Sehubungan itu, katanya, peranan media adalah penting dalam meningkatkan kesedaran serta minat masyarakat dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan STI.


Tambah beliau, langkah itu juga selaras dengan usaha kerajaan untuk mencapai sasaran nisbah 60:40 pelajar yang berminat untuk mengikuti bidang aliran sains dan teknikal berbanding sastera di Malaysia pada tahun 2020.

“Selain dari kategori khas media, kategori khas bagi inovasi sosial juga akan diwujudkan bagi AIN 2016,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori