Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

20 Maut Tsunami Landa...

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 20 maut apabila tsunami melanda pantai di Selat Sunda sebelum...

‘Jangan Keluar Fatwa Sebelum...

SIBU - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, Pejabat Mufti Sarawak...

Banjir: 47 Mangsa Dipindah...

KUANTAN - Seramai 47 orang daripada 15 keluarga di Rompin dipindahkan ke pusat...

2 Rakyat Malaysia Positif...

KUALA LUMPUR - Dua rakyat Malaysia di atas kapal Diamond Princess, yang berlabuh...

Kejadian Gempa Bumi Di Nepal Pada 12 Mei 2015

KUALA LUMPUR – Gempa bumi pada magnitud 7.3 telah melanda Nepal pada 12 Mei 2015 jam 12.35 tengah hari waktu tempatan (3.05 petang waktu Malaysia). Kejadian terbaru ini berlaku dua minggu selepas Nepal dilanda bencana gempa bumi bermagnitud 7.8 pada 25 April 2015. Pusat gempa bumi kali ini dipercayai pada 18 km tenggara Kodari, berhampiran kem permulaan Gunung Everest.

Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu telah mengambil langkah-langkah yang perlu dalam mengenal pasti sekiranya ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam gempa bumi tersebut. Kementerian Luar Negeri akan terus memantau keadaan tersebut.

Kementerian Luar Negeri juga ingin menyarankan agar semua warga Malaysia yang berhajat untuk melawat negara tersebut agar berhubung dengan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu. Hal ini akan memudahkan pihak Kedutaan dalam menghulurkan bantuan Konsular kepada warga Malaysia yang berkenaan.

Atas dasar prihatin dan simpati terhadap mangsa-mangsa gempa bumi di Nepal, Kementerian Luar Negeri (KLN) mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia kepada Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) bagi meringankan beban mangsa-mangsa Gempa Bumi di Nepal.

Sumbangan tersebut boleh disalurkan dengan menyatakan tujuan sumbangan iaitu bagi mangsa-mangsa gempa bumi di Nepal. Justeru, sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui kaedah-kaedah berikut:

CEK

Cek berpalang di atas nama “Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri” dan dialamatkan kepada:

Ketua Akauntan
Kementerian Luar Negeri
Tingkat 2, Bangunan WP2
No. 1 Jalan Wisma Putra
62602 PUTRAJAYA
Tel : 03- 88874251 @ 03- 88874120
(u.p : TBKLN)

PEMINDAHAN TERUS KE AKAUN BANK TBKLN (ONLINE BANK TRANSFER)


Nama Akaun: Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri
Bank : Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya
No. Akaun : 1054 9000 0599

TUNAI

Sumbangan tunai boleh disalurkan secara terus atau diletakkan di dalam sampul surat (nyatakan TBKLN, nama penuh dan alamat lengkap pengirim di muka hadapan sampul surat berkenaan) ke dalam kotak TBKLN yang terletak bersebelahan dengan Seksyen Konsular di Wisma Putra, Putrajaya dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di Jalan Wisma Putra, Kuala Lumpur.

SUMBER : KEMENTERIAN LUAR NEGERI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syazwani binti Abd Latif
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri, Malaysia
Tel : 03 – 8887 4188
E-mail : [email protected]

– BERNAMA

https://youtu.be/j6T0_PyflBk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori