Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mana Janji Jawatan TPM...

KUALA LUMPUR - Rakyat Sabah dan Sarawak tertipu dengan janji Pakatan Harapan untuk...

Bekas ADUN Labuan Meninggal...

LABUAN - Veteran politik dan bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Labuan yang...

Tak Sampai Sebulan, Sudah...

Kuala Lumpur : Tidak sampai sebulan beroperasi, kegiatan satu sindiket penipuan pelaburan Bitcoin...

MP DAP Saran Anggota...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng meminta semua ahli...

Kejam.. Tak Disembelih, Lembu Dipukul Sampai Mati Di Vietnam

CANBERRA — Industri perdagangan ternakan hidup Australia kembali dilanda kontroversi susulan laporan hasil siasatan dilakukan kerajaan Australia yang mendapati lembu negara itu dipukul dengan kejam di Vietnam.

Pasukan penyiasat Jabatan Pertanian Australia berjaya menemui bukti lembu yang dieksport ke Vietnam dipalu kuat pada kepalanya sehingga mati dengan menggunakan tukul besi dan bukan disembelih di bahagian leher.

Siasatan itu mendapati tiga kes sedemikian berlaku pada Mac tahun ini malah awal bulan ini, organisasi sukarela Animals Australia juga mengesahkan laporan lembu negara itu dibunuh dengan tukul di Vietnam.

Pemerhati hak asasi haiwan itu dalam laporan mereka menyatakan, kejadian mengerikan tersebut untuk mematikan sejumlah lembu Australia berlaku di beberapa rumah haiwan yang tidak rasmi di utara Vietnam.

Animals Australia melakukan penyelidikan di Vietnam setelah menerima maklumat daripada wakil industri ternakan Australia pada April lalu bahawa ribuan lembu Australia disembelih dengan cara yang tidak sesuai.

“Pembunuhan lembu dan kerbau dengan cara melakukan pemukulan berulang kali di kepala ternakan itu menggunakan tukul merupakan kaedah penyembelihan tradisional di Vietnam,” kata organisasi tersebut.


Vietnam adalah pasaran eksport kedua terbesar Australia untuk sektor ternakan hidup selepas Indonesia dan menurut Animals Australia, ada 178,000 ekor binatang ternakan yang dieksport ke Vietnam sepanjang tahun lalu.

Aktivis hak asasi haiwan tempatan menyatakan, sudah ada lapan aduan serupa yang dilaporkan kepada mereka selama dua tahun terakhir mengenai kaedah pembunuhan kejam ternakan import berlaku di Vietnam.

Seorang jurucakap Kementerian Pertanian Australia, Barnaby Joyce, menjelaskan, Jabatan Pertanian akan memantau ketat eksport lembu ke Vietnam sejak menerima laporan mengenai hal tersebut pada Mac lalu.

“Kami bekerjasama rapat dengan pihak industri untuk memastikan semua masalah yang dilaporkan dapat diperbaiki dan standard kesejahteraan haiwan yang cukup ketat harus dilaksanakan,” kata jurucakap itu.

Jabatan tersebut juga masih terus mencari maklumat daripada pengeksport negara lain di Vietnam untuk menentukan apakah telah terjadi pelanggaran sama bagi ternakan mereka. — Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori