Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Puad Ingatkan Kerajaan Mengenai...

Anggota majlis tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi menggesa kerajaan mempercepatkan siasatan terhadap Hakim...

Lelaki Berambut Palsu Keriting...

BANGKOK - Seorang lelaki ditangkap selepas dirakam memakai rambut palsu keriting dan memijak...

Mayat Mangsa Hilang 3...

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di tepi jalan Kampung...

Tip Untuk Jadi Peniaga...

TEKANAN hidup ada setiap hari, ianya tidak perlu dicari. Hidup ini memang padang ujian...

Kem. Pertanian Galak Pemilik Tanah Di Perlis Tanam Harumanis

KANGAR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggalakkan para petani di Perlis menggantikan tanaman bukan komersial dengan mempelam harumanis yang berharga seumpama ’emas.’

Beliau berkata permintaan luar biasa termasuk dari luar negara sehingga orang yang mengidam merasai harumanis tidak berpeluang menikmatinya adalah faktor tambahan tanaman itu perlu dikembangkan.

“Walaupun ramai merungut harga harumanis terlalu mahal sehingga mencecah RM35 satu kilogram namun pengeluarannya belum dapat menampung permintaan dalam dan luar negara.

“Hari ini saya menggalakan pemillik tanah di Perlis menggantikan tanaman mereka yang bukan komersial dengan harumanis,” katanya kepada pemberita pada akhir lawatan kerja di Pusat Pertanian Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat, dekat sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kementerian itu melalui Jabatan Pertanian akan memberi segala bantuan termasuk benih, baja serta khidmat nasihat dan latihan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan 300 hektar kawasan baharu ditanam dengan harumanis oleh individu dan 107 hektar lagi oleh Jabatan Pertanian tahun ini bagi menambah keluasan sedia ada seluas 978 hektar, katanya.


Ismail Sabri berkata pengeluaran harumanis Perlis tahun ini dijangka mencecah 2,200 metrik tan bernilai kira-kira RM32 juta, iaitu peningkatan memberangsangkan sejak 2011 berjumlah 375 metrik tan bernilai RM2.8 juta.

Walaupun harumanis diwartakan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia, negeri lain tidak dilarang menanamnya, namun berdasarkan faktor agroklimatik, cuaca dan tanah di Perlis paling sesuai untuk tanaman itu, katanya.

Harumanis di perkenalkan oleh Institut Penyelidikan Pertanian (MARDI) sebagai klon MA128 dan ditanam di Perlis mulai 1980.

Pusat Pertanian Bukit Bintang dibangunkan sebagai pusat teknologi harumanis bermula daripada pengeluaran, penuaian dan pemasaran serta dijadikan pusat rujukan peserta Program Pembangunan Kluster Tanaman Harumanis Perlis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori