Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

4 Beranak Nyaris Rentung,...

MELAKA - Empat beranak nyaris rentung apabila kereta Proton Saga dinaiki mereka terbakar...

Reman Suspek Utama Langgar...

SEPANG - Tempoh reman suspek utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang...

Zainul Rijal Hadir Beri...

PRESIDEN Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar hadir ke Bukit...

Setpol Bekas Menteri Direman...

PUTRAJAYA - Seorang bekas setiausaha politik (Setpol) kepada bekas menteri direman enam hari...

Kematian Freddie Gray, 6 Anggota Polis Baltimore Didakwa

BALTIMORE – Enam anggota polis Baltimore dituduh di mahkamah hari ini susulan kematian seorang lelaki warga Afrika-Amerika berusia 25 tahun ketika di penjara, beberapa hari selepas tercetusnya rusuhan dan tunjuk perasaan di bandar raya besar di seluruh Amerika Syarikat.

Tuduhan berkenaan membabitkan kesalahan daripada membunuh, mendera dan melanggari peraturan dengan kes dibentangkan oleh Pendakwa Raya Negeri Maryland, Marilyn Mosby sebaik semua enam anggota polis ditahan untuk pendakwaan.

“Tuduhan ini dibuat selepas mengumpul dengan komprehensif menerusi siasatan yang bebas bersama bukti perubatan yang mendapati kematian Freddie Gray adalah satu pembunuhan,” kata Mosby.

Mosby berkata, Gray mengalami kecederaan teruk dan kritikal di leher akibat daripada kedua-dua tangan bergari, kaki dirantai dan dipukul ketika di dalam van polis.

Ketika dalam perjalanan ke Balai Polis Daerah, van polis berhenti sekurang-kurangnya tiga kali, termasuk sekali untuk mengambil seorang suspek kes yang tidak berkaitan.


Sebaik Mosby mengumumkan pertubuhan ke atas anggota polis, orang ramai meraikannya di jalan raya berdekatan Dewan Bandaraya Baltimore, tempat berkumpulnya penunjuk perasaan yang menuntut agar keadilan diberikan kepada Gray.

Bagaimanapun, kesatuan anggota polis Baltimore mengutuk perkara itu yang menyifatkan ia satu ‘pendakwaan tergesa-gesa’ dan menyatakan keyakinan semua enam anggota polis terbabit akan dibebaskan.

“Kami percaya anggota polis terbabit akan dibebaskan kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan,” kata Michael Davey, seorang peguam mewakili polis bandar raya berkenaan. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori