Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Utusan Diperintah Bayar Ganti...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M)...

Khalid Saman Hassan Berhubung...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad memfailkan saman terhadap...

Bekas Isteri Kedua Adi...

SEREMBAN - Bekas isteri kedua pelakon Adi Putra dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban di...

Mangsa Banjir Di Kota...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Kota Belud meningkat kepada 1,824 orang...

Kementerian Pertingkat Program Pertanian Bandar & Jom Bertani

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mempergiatkan usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membabitkan diri dalam bidang pertanian menerusi Program Pertanian Bandar dan Jom Bertani, kata menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Program Pertanian Bandar merupakan program bagi membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup dengan mengeluarkan sendiri sebahagian bahan makanan.

Program Jom Bertani pula merupakan program sosioekonomi di luar bandar yang menyasarkan lebih ramai penduduk terlibat dalam mengeluarkan sendiri bahan makanan seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, ternakan dan ikan.

Ismail Sabri berkata inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu rakyat dalam menghasilkan sendiri bahan makanan tetapi dalam jangka panjang, ia juga mampu mengurangkan import produk pertanian negara.

“Walaupun pihak kerajaan tumpu kepada usaha meningkatkan pengeluaran secara komersial, kita tak nak tinggalkan mereka yang tiada tanah (khas untuk pertanian) tetapi mahu terlibat dalam pertanian. Program ini secara sukarela dan mereka yang terlibat akan diberi bantuan.

“Kesannya apabila pengeluaran bertambah ia menguntungkan negara. Dengan adanya program pertanian komersial dan sara diri, kita boleh kurangkan
kebergantungan kepada produk import. Waktu ini negara mengimport produk makanan berjumlah RM35 bilion setahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Program Pertanian Bandar dan Jom Bertani peringkat Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata Program Pertanian Bandar dan Jom Bertani bertujuan mengembalikan budaya bertani di kalangan rakyat Malaysia yang semakin lama semakin berkurangan.

“Program Pertanian Bandar dilancarkan pada 8 Mei 2014 yang berjaya mencapai penyertaan seramai 5,000 peserta dengan peruntukan RM1 juta tahun lepas. Sehingga April tahun ini, program ini berjaya menarik sejumlah 10,700 orang di seluruh negara.


“Program Jom Bertani dilancarkan pada 12 Jun 2014 dan tahun lepas menarik penyertaan 10,000 peserta. Sehingga April tahun ini, ia telah melibatkan 10,623 peserta. Kita akan tingkatkan kedua-dua program itu tahun ini,” katanya.

Beliau berkata antara bantuan yang diberi bagi Program Pertanian Bandar yang melibatkan tanaman di dalam pasu di kawasan rumah adalah benih, baja dan kit pertanian.

“Jika mereka mahu perluaskan aktiviti pertanian, mereka boleh beli peralatan ‘vertical farming’ berharga antara RM500 hingga RM1,000. Ini lebih mudah kerana pengairan semua automatik.

“Bagi Jom Bertani di kawasan luar bandar yang kawasannya lebih luas, kita beri benih, peralatan kebun, baja organik, polibag, tanah campuran, kereta
sorong dan biopesticide. Ia juga melibatkan ternakan seperti ayam yang kita sediakan reban dan makanan ternakan. Bagi perikanan, kita sediakan kanvas untuk ternakan, anak ikan dan makanan ikan,” kata Ismail Sabri.

Katanya bagi Program Pertanian Bandar, ada juga usaha dilakukan secara komuniti dengan semua penduduk mengusahakan tanaman yang sama, membolehkan lebihan hasil dan kemudian dijual sebagai pendapatan sampingan.

Mereka yang berminat menyertai Program Pertanian Bandar boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian yang akan menyediakan bantuan dan bimbingan manakala program Jom Bertani pula di bawah seliaan Pejabat Pertanian Daerah dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori