Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rakam Gambar Hantu Melutut...

VICTORIA, Australia – Seorang pemburu hantu, Allen Tiller menemui imej seorang kanak-kanak perempuan...

Hubungan Ariz Forteen &...

NAMA ahli kumpulan Forteen, Ariz sebelum ini hangat dikatakan begitu akrab dengan penyampai...

Calon PKR Selar Kempen...

SHAH ALAM - Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

200,000 Liter Minyak Diesel...

Kota Tinggi : Sebanyak 200,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM430,000 dirampas...

Kenapa Watak Yuhanis Dalam Drama Hati Perempuan Dibenci?

Buat pengikut setia drama tempatan, pastinya anda mengikuti siri Hati Perempuan yang rancak ditayangkan di slot Akasia kini.

Dilakonkan oleh pendatang baru iaitu Mia Ahmad, Syahrul Ridzwan dan Hafreez Adam, ia menjadi bualan hangat peminat.

Biasalah, tampil dengan plot tipikal seperti hero kacak dan heroin cantik serta menonjolkan elemen kehidupan mewah serba fantasi, itu merupakan adunan paling mudah untuk memikat warga Malaysia melekat di kaca televisyen.

[Drama Korea Cetus Fenomena, Winter Sonata Akan Kembali]

Walau bagaimanapun, sebahagian warga Internet turut menghentam jalan cerita yang ditonjolkan dalam drama Hati Perempuan, malah ada yang menyifatkan drama tersebut sebagai tidak logik dan keterlaluan!

Eh…apa sudah jadi? Ramuan untuk drama adaptasi novel itu kurang menjadi ke…?

mia-2

Menyelusuri komen-komen yang ditinggalkan pengguna di laman sosial, rupa-rupanya ramai tidak berpuas hati dengan karakter heroin yang dipegang oleh Mia Ahmad.

Rata-ratanya menggambarkan watak Yuhanis sebagai menjengkelkan kerana seringkali merajuk dan mahu dipujuk.

Malahan, dek kerana selalu sangat marah terhadap suaminya, Tengku Zaril, maka karakter tersebut pulak macam antagonis kerana dibenci penonton.

Nah, baca sendiri antara komen yang ditinggalkan pengguna di Facebook rasmi Mynewshub.

Untitled (6)Untitled (8)

Bukan itu sahaja, ada individu turut menggelar karakter Yuhanis sebagai tak sedar dek untung dan isteri derhaka! Amboi…emosi betul.

Namun bila difikirkan secara logik, tak usahlah menghentam karakter mahupun si pelakon tersebut, Mia Ahmad yang hanya melunaskan tugasnya sahaja.

Hati Perempuan 1

Menurut seorang pengguna yang berkongsi pendapatnya, penulis novel, penulis skrip dan pengarah sepatutnya menjadi insan yang diajukan persoalan tentang kewujudan karakter sedemikian yang gagal mempamerkan teladan baik.


Betul juga kan? Sebagai ‘orang kuat’ di sebalik sesebuah drama, mereka sepatutnya bertanggungjawab terhadap jalan cerita dan memberi mesej positif terhadap masyarakat, bukannya mendidik para isteri untuk menjadi derhaka terhadap suami.

Sementara itu, salah seorang peserta program Pencetus Ummah, Rahmat Ikhsan turut berkongsi pendapatnya tentang karakter Yuhanis di ruangan Facebook peribadi.

Tulisnya, “Benar, Saidatina Aishah selalu dipujuk Rasulullah apabila merajuk, tapi merajuk Saidatina Aishah bukan macam Yuhanis, hari-hari merajuk, hari-hari gaduh, hari-hari nak pujuk.

“…Dalam merajuk Saidatina Aishah tidak pula meninggikan suara, pi cari lelaki lain, dan akhirnya semua salah lelaki.

“Kerana itu ada beza hati wanita dengan hati muslimah, hati muslimah merajuknya kerana Ilahi.”

Jujurnya, pandangan yang dikongsikan Rahmat itu benar kerana ciri-ciri yang ditonjolkan watak Yuhanis tidak menggambarkan sifat sebenar yang patut dilakukan seorang isteri terhadap suaminya.

Betullah apa yang dicakap, kalau sesekali merajuk dan bergaduh itu mungkin nampak ‘sweet’, tapi kalau sudah hari-hari, penonton pun naik jelak!

Duhai pengarah drama di Malaysia, rasanya sudah sampai masa anda tukar resepi baru dalam naratif penceritaan ya!

Mungkin ada yang boleh menarik nafas lega kerana episod terakhir drama Hati Perempuan menemui penonton hari ini dan bakal bergantik dengan siri terbaru, Dia Isteri Luar Biasa.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Babak pergaduhan dalam drama Hati Perempuan

https://www.youtube.com/watch?v=XMFk29f2mug

1 komen

  1. Drama Hati Perempuan Slot Akasia di TV3 telahpun berakhir semalam dan telah mencetuskan fenomena tersendiri. Drama ini mengundang pujian mahupun kritikan yang bukan sedikit daripada penonton. Mempertaruhkan pelakon baru sebagai teraju utama iaitu Mia Ahmad sebagai Yuhanis dan Syahrul Rizwan sebagai Tengku Zaril, drama ini masih tidak lari dari klise drama Melayu. Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah ‘chemistry’ yang wujud di antara kedua-dua pelakon.

    Jujur saya katakan, pada awalnya saya tidak tertarik untuk melayan drama ini tambahan pula kekangan masa dan keadaan. Namun begitu, saya disajikan dengan provokasi di media media media sosial yang berbicara mengenai drama ini. Menonton episod di pertengahan, saya ‘jatuh hati’ dengan pelakon utamanya yang berhijab. Saya mula menonton kembali episod-episod terdahulu dan memahami jalan ceritanya dan akhirnya saya ‘terjebak’ dengan drama ini serta menjadi pengikut setia sehingga akhirnya. Buat pertama kalinya juga, saya menonton drama yang tiada adengan cium dahi selepas pernikahan, pelukan antara pelakon bagi menggambarkan kemesraan suami isteri. Kemesraan yang ditunjukkan memadai dengan adengan memegang kepala serta renungan mata yang memang sampai kepada penonton. Andai anda mengharapkan adengan-adengan romantis yang memerlukan sentuhan, drama Hati Perempuan bukanlah dramanya. Menyentuh kepada keseluruhan drama, saya berpandangan drama ini memberikan pengajaran kepada mereka yang melihatnya dari sudut yang positif dan begitulah sebaliknya. Teraju utama Mia Ahmad dikecam hebat, dikatakan berlakon kaku serta bersifat kurang ajar dengan suami. Mungkin kita penonton lupa yang beliau hanya melunaskan tanggungjawab sebagai pelakon yang memerlukan beliau berpewatakan sedemikian. Yuhanis digambarkan seorang yang berpendidikan, kuat bekerja, degil, dingin dan keras kepala. Selepas berkahwin, beliau digambarkan seorang isteri yang kuat merajuk, cemburu dan sering melawan suami.. namun jika menelusuri hati Yuhanis, beliau mempunyai sejarah pahit bersama bekas teman lelakinya. Nasibnya berubah apabila berkahwin dengan lelaki yang serba sempurna. Suka duka melatari perkahwinan mereka. Pengajaran utama di sini adalah pentingnya sebuah kepercayaan dalam hubungan suami isteri serta komunikasi yang baik. Perlu juga saling memahami dan melengkapi. Drama ini juga sarat dengan pengajaran lain iaitu hubungan kekeluargaan, kesetiaan dan persahabatan. Logik atau tidak drama ini terpulang pada kita tapi realitinya inilah yang berlaku dalam masyarakat.

    Secara jujurnya, saya secara peribadi menyatakan drama Hati Perempuan antara drama terbaik pernah saya tonton. Persepsi dan pandangan adalah berbeza tetapi rupanya drama ini menjadi perbalahan peminat juga ‘hater’ di laman-laman sosial. Amat menyedihkan apabila teguran daripada ‘hater’ berbaur kutukan, cuba mengaibkan serta mencari segenap kesalahan pelakon. Pantang ada ruang, ‘hater’ akan mencelah sedangkan anda mempunyai pilihan membuat sesuatu yang lebh baik, tidak follow artis tersebut atau tidak perlu menonton. Mia Ahmad seperti yang kita tahu masih baru dalam proses penghijrahannya untuk berhijab. Bukan mudah untuk kita melihat pelakon yang berusaha untuk meminimakan sentuhan apabila berlakon tapi rupanya ianya mengundang benci bagi segelintir ‘hater’. Tidak salah untuk anda membuat teguran tetapi bukan dengan cara memaki, menuturkan kata-kata kesat kerana ianya adalah gambaran anda sebenarnya. Tegur secara berhemah dan doakan yang terbaik buatnya.

    Untuk pengakhirannya, saya pasti pandangan saya ini juga tidak disenangi semua tapi percayalah ini adalah komen jujur daripada saya yang begitu tersentuh dengan perbalahan antara pengikut juga hater pelakon tersebut. Buat Mia Ahmad, anda mempunyai AURA yang sempurna sehingga tercetusnya fenomena Hati Perempuan. Semoga terus istiqamah berhijab serta menjaga batas-batas yang sepatutnya daripada semua sudut. Memerlukan lebih ramai pelakon seperti anda untuk mewarnai dunia hiburan Malaysia.
    Selamat Maju Jaya.

    fatheen 81
    Pahang
    15.5.15

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori