KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membayar ganti rugi sebanyak RM600,000 kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rosnaini Saub berkata, pihak defenden telah bersetuju untuk membayar jumlah yang diarahkan dan keluarga Teoh telah bersetuju dengannya.
Rosnaini Saub turut mengarahkan agar RM60,000 lagi turut dibayar sebagai  kos kepada keluarga mendiang.
Keluarga Teoh sebelum ini menyaman 10 pegawai SPRM, kerajaan Malaysia dan pihak SPRM sendiri kerana cuai ketika mendiang dalam jagaan mereka dan seterusnya mengakibatkan kematiannya.
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq