Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Lelaki Maut Kereta Jatuh...

ROMPIN – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam...

7 Maut Kemalangan Bas...

BUKIT MERTAJAM - Tujuh daripada lapan pekerja wanita yang maut dalam kemalangan membabitkan...

3.6 Juta Rakyat Belum...

PUTRAJAYA - Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi, sejumlah 3.6 juta...

Difteria: Penyakit Akibat Sikap...

MELAKA - Negara baru-baru ini digemparkan dengan kematian dua kanak-kanak masing-masing di negeri...

Kerajaan Belum Dimaklum Berhubung Tuntutan Kes Culik

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum dimaklumkan mengenai sebarang tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kes penculikan dua warga Malaysia di Sandakan pada Khamis lalu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Sehingga sekarang saya belum dimaklumkan adanya sebarang tuntutan dibuat daripada keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas kejadian penculikan ke atas seorang wanita dan seorang lelaki di sebuah restoran makanan laut oleh kumpulan bersenjata.

Wan Junaidi berkata beliau akan mengumumkan pada Jumaat ini tindakan atau keputusan yang akan diambil kerajaan berhubung insiden tersebut.

“Kita ada tindakan tertentu dan akan ada keputusan yang akan kita ambil,” katanya.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman sebelum ini berkata penculikan mungkin didalangi ‘orang dalam’.

Beliau turut berkata keluarga mangsa telah menerima tuntutan wang tebusan daripada penculik.

Kedua-kedua mangsa dilapor kini berada di sebuah pulau di perairan Filipina. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori