Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mangsa Culik Temui Keluarga...

BUKAN semua mangsa culik berpeluang untuk bertemu semula dengan keluarga terutamanya selepas bertahun-tahun...

Kes Goldman Sachs pindah...

KUALA LUMPUR - Kes terhadap syarikat Goldman Sachs Group Inc yang didakwa berhubung...

Dewan Rakyat Lulus Pemansuhan...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan pemansuhan Cukai Barang dan...

‘Selfie Of The Year’.....

PERGHHH.. meremang bulu roma dan kecut perut jadinya melihat gambar selfie sekumpulan pemuda...

Kerana ‘Terlalu Kotor’, JAKIM Tarik Balik Sijil Halal Secret Recipe?

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak menarik balik sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd berkuatkuasa 7 Mei lalu.

Tindakan tersebut berpunca daripada perlanggaran Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius.

h148

 

Memetik kenyataan Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, beliau menafikan sekeras-kerasnya bahawa tindakan yang diambil JAKIM itu adalah kerana penggunaan bahan haram oleh pihak Secret Recipe.

“Penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syatikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.”

secret 1

halal 2 (2)


Beliau turut berkata, pihaknya telah memanggil syarikat berkenaan dan mereka berjanji untuk melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan.

Pihak Secret Recipe turut memiliki peluang memohon sijil halal semula setelah mereka memperbetulkan kesalahan yang dibuat sebelum ini.

“JAKIM amat memandang serius perkara ini dan mengingatkan kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia dari masa ke masa.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Malaysiakini – Kotor! JAKIM Tarik Balik Sijil Halal Secret Recipe

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori